Sumber: Pexels.com
Sebagai seorang pemilik syarikat kecil yang terbabit dalam perniagaan berkaitan penghantaran barangan dan logistik, antara perkara yang perlu diberikan perhatian adalah hal pengurusan flit GPS, atau juga dikenali sebagai fleet management.
Mahu atau tidak, ia adalah antara keperluan syarikat yang penting kerana membantu memudahkan urusan pengurusan kenderaan dan pemandu syarikat. Salah satu elemen yang ada ialah sistem flit GPS yang membantu anda mengesan pergerakan kereta. Malah, jika berlakunya sesuatu kemalangan, sistem flit atau telematik akan memudahkan kerja anda. Bagaimana? Mari teruskan membaca!
Tahukah anda? Menurut Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, pada tahun lepas sahaja, iaitu 2018, jumlah kemalangan yang berlaku di negara kita mencecah hampir 542,000 kes. Dengan banyaknya jumlah kenderaan di negara kita, tidak mustahil untuk salah seorang pemandu syarikat kita terlibat dalam kes kemalangan semasa membuat perjalanan perniagaan.
Adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi kes kemalangan yang melibatkan kenderaan syarikat? Sememangnya ada banyak sebab mengapa kemalangan jalan raya boleh berlaku. Kalau diikutkan oleh data kajian yang disediakan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (), antara faktor yang menyumbang kepada kemalangan di Malaysia adalah:
Seperti yang anda lihat, kesilapan yang dilakukan oleh pemandu menjadi faktor terbesar kepada kes kemalangan. Adakah pemandu anda sering membuat penghantaran barang ke luar daerah atau negeri? Adakah kenderaan tersebut dilengkapi dengan alat pengesan untuk kenderaan atau sistem flit GPS?
Dari segi kesegaran tubuh badan pemandu, adakah mereka sentiasa peka dan segar semasa melakukan pemanduan? Adakah mereka mendapat kualiti tidur yang mencukupi sebelum membuat sebarang penghantaran barangan?
Ketika MIROS melakukan kajian terhadap para pemandu lori di sekitar Lembah Klang, kajian mereka mendapati bahawa hampir 35% pemandu mempunyai kualiti tidur yang rendah. Jika pemandu anda termasuk dalam statistik ini, maka sudah tentu ia akan meningkatkan risiko berlakunya kemalangan kepada kenderaan syarikat anda. Dengan bantuan sistem flit GPS, anda boleh memantau keadaan pemanduan pekerja.
Apabila kita memberikan tugasan perjalanan bagi urusan perniagaan kepada para pekerja kita, sudah pasti kita perlu bertanggungjawab sekiranya ada apa-apa yang berlaku ketika di jalanan. Namun, adakah anda tahu sebenarnya apakah yang dianggap sebagai perjalanan perniagaan? Di sini, kami kongsikan dengan anda jenis perjalanan kerja yang boleh dilakukan oleh staff syarikat.
Sumber: Unsplash.com
Di Malaysia, para pekerja yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja atau pulang ke rumah selepas waktu pejabat juga masih dianggap sedang membuat perjalanan perniagaan, walaupun mereka menggunakan kereta atau motosikal sendiri!
Malah, menurut PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial), anda sebagai majikan masih perlu membuat laporan polis sekiranya pekerja anda mengalami kemalangan ketika pergi ke atau pulang dari pejabat.
Kemalangan jalan raya boleh berlaku pada sesiapa saja dan pada bila-bila masa. Sekiranya ia terjadi pada pemandu anda ketika mereka sedang membuat perjalanan perniagaan, pernahkah anda bertanya, siapakah yang akan bertanggungjawab? Adakah syarikat anda akan menanggung segala akibat daripada kemalangan tersebut? Dan, adakah terdapat sistem flit GPS pada kenderaan anda yang dapat menjadi bukti kemalangan?
Sebenarnya, ia bergantung kepada cara bagaimana kemalangan itu boleh terjadi. Di Malaysia, adalah menjadi kewajipan ke atas semua pihak yang terlibat dalam kemalangan untuk membuat laporan polis. Namun, seperti sudah menjadi satu kebiasaan, selalunya para pemandu syarikat akan sentiasa mengelak daripada berbuat demikian.
Ia mungkin disebabkan oleh ketidaksudian mereka untuk menanggung kerugian dari poket sendiri atau mahu mengelak daripada dikenakan tindakan oleh majikan mereka. Nah, akibatnya, mereka akan mengelak dari membuat laporan polis.
Ini akan menimbulkan masalah kepada syarikat anda. Pihak polis boleh mengeluarkan saman kepada syarikat anda kerana pemandu anda gagal untuk membuat laporan. Syarikat anda akan diminta untuk menghantar wakil bagi menghadiri sesi perbicaraan di mahkamah.
Jika anda gagal untuk berbuat demikian, pihak mahkamah boleh mengeluarkan waran tangkap terhadap wakil syarikat anda. Ini adalah menurut seksyen 53(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Bukankah ini akan mendatangkan masalah yang lebih besar dan rumit?
Sememangnya, kemalangan yang berlaku boleh membawa kerugian yang besar kepada syarikat anda. Adalah penting untuk anda melatih pemandu anda tentang pemanduan yang cekap dan berhemah. Selain daripada latihan pemanduan yang berkesan, anda juga perlu melatih mereka tentang pengurusan kemalangan yang betul. Anda juga perlu mempertimbangkan pemasangan sistem pengurusan flit GPS yang cekap.
Sumber: Pexels.com
Berikut adalah perkara yang akan dipertanggungjawabkan ke atas pemandu anda sekiranya berlaku kemalangan jalan raya:
Sekiranya perkara di atas berlaku, pemandu anda perlu bertanggungjawab dan menguruskan kemalangan dengan cara yang betul. Dengan pemasangan flit GPS, pemantauan prestasi pemanduan dapat dilakukan. Selain itu, anda perlu melatih mereka untuk melakukan prosedur kemalangan berikut:
Jika pemandu anda gagal berbuat demikian, syarikat anda bakal menanggung akibatnya seperti yang telah kita bincangkan di atas. Pening kepala anda nanti, syarikat pun rugi.
Selepas berlaku kemalangan, pegawai penyiasat akan melihat faktor kemalangan dari pelbagai aspek. Laporan akan diambil dari mereka yang terlibat, rekod cerita kemalangan oleh saksi serta bukti rakaman video dashcam atau data dari sistem pengurusan flit GPS sekiranya ada.
Liabiliti anda sebagai seorang majikan berlaku apabila:
Kemalangan yang berlaku bukan saja akan memberikan kesan kepada syarikat anda, malah secara peribadinya, akan memberikan kesan negatif kepada pekerja anda juga. Sekiranya ia kemalangan yang serius, mereka mungkin akan cedera parah atau lebih teruk, maut.
Anda mesti pastikan yang insurans syarikat anda sudah melindungi pekerja anda sewajarnya. Serta lengkapi kenderaan syarikat seperti lori, treler, trak, mahupun kereta dengan sistem pengurusan flit GPS yang lengkap.
Selain itu, sekiranya tidak berlaku sebarang kecederaan fizikal, kemalangan yang terjadi masih boleh meninggalkan “kecederaan” kepada emosi dan mental pekerja anda. Mereka mungkin berasa trauma dan sukar untuk melakukan pemanduan lagi.
Lebih teruk, prestasi kerjanya akan merudum kerana tiada lagi keyakinan untuk memandu dan membuat tugasan penghantaran barang atau menghadiri mesyuarat di luar pejabat lagi.
Anda sudah dapat lihat bukan? Sama ada kecederaan zahir mahupun batin, kedua-duanya memberikan kesan kepada syarikat anda juga. Tiada pekerja yang mahir, cekap dan berkeyakinan tinggi, maka tiadalah prestasi perniagaan yang memberangsangkan. Jadi, jangan ambil mudah tentangnya!
Anda tak perlu panik. Sebenarnya, ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan bagi mengurangkan kesan kemalangan kepada syarikat atau perniagaan anda. Dengan bantuan teknologi seperti sistem pengurusan flit GPS yang ada pada hari ini, sudah pasti terdapat beberapa peralatan penting yang boleh anda guna pakai bagi. Ia menjadi salah satu solusi terbaik untuk mengurangkan kerugian kerana kemalangan.
Untuk setiap kenderaan syarikat yang digunakan bagi membuat perjalanan perniagaan, anda digalakkan untuk memasang kamera dashboard. Ia sama ada dibeli secara berasingan atau menjadi sebahagian daripada sistem pengurusan flit GPS yang menyeluruh.
Selain daripada membantu merekod perjalanan yang dibuat oleh pemandu anda, ia juga sangat membantu dalam menjadi “saksi” kepada kemalangan yang boleh berlaku.
Anda tidak akan mengalami masalah penipuan dalam laporan polis. Kamera pada dashboard tidak akan menipu dan dapat membantu dalam memberikan gambaran tepat tentang apa yang terjadi dalam kemalangan tersebut. Jadi, lancarlah urusan tuntutan insurans anda nanti!
Anda juga boleh memasang sistem pengurusan flit GPS yang lengkap bagi menguruskan kenderaan dan perjalanan yang dilakukan oleh pekerja syarikat anda. Ia meliputi pemasangan pengesan GPS pada kenderaan syarikat, penggunaan kad fuel bagi memantau penggunaan petrol dan pemantauan pintar pergerakan kenderaan dengan sistem telematik.
Contohnya, anda boleh menggunakan perkhidmatan perbandingan kad fuel petrol oleh iCompario. Platform ini akan menilai keperluan bahan api syarikat anda melalui butiran dan dokumen yang anda sediakan.
Kemudian, mereka akan membuat cadangan kad fuel yang paling ideal untuk syarikat anda. Malah, anda turut boleh mengintegrasikan kad tersebut dengan
Apabila pekerja anda cuai ketika membuat pemanduan, mereka memang perlu bertanggungjawab. Namun, kalau ia terjadi kerana tiadanya latihan yang mencukupi oleh pihak syarikat anda, sudah pasti anda juga akan perlu memikul tanggungjawab tersebut.
Jadi, untuk mengurangkan kesan kerugian kemalangan jalan raya, anda perlu membina proses atau prosedur pemanduan dan pengurusan kemalangan jalan raya. Anda juga boleh mendapatkan bantuan dari sistem telematik seperti Kinesis.
Pengurusan flit GPS ini menggunakan peranti pintar untuk memantau pergerakan kenderaan serta cara pemanduan pekerja anda. Contohnya, ia dapat mengukur tahap pemecutan dan pembrekan kenderaan anda.
Melalui laporan yang dijana dari data yang direkodkan dalam sistem pengurusan flit GPS, anda boleh melihat prestasi pekerja dan sekaligus membina sistem latihan yang dapat memupuk habit pemanduan yang profesional dan berhemah. Jangan ingat sistem flit GPS ini sesuai untuk syarikat besar saja, syarikat kecil anda juga patut menggunakannya.
Jangan risau kalau anda tidak tahu sistem pengurusan flit GPS mana yang perlu anda gunakan. Dengan khidmat perbandingan sistem telematik oleh iCompario, anda boleh membuat pemilihan dengan mudah. Serahkan pada yang pakar dan buat permohonan terus di iCompario!