Tingkatkan Keuntungan Syarikat Dengan Alat Pengesan Kereta GPS

Meningkatkan keuntungan melalui alat pengesan kereta GPS? Pernahkah anda terdengar tentang idea ini? Bagi anda yang memiliki syarikat penghantaran barangan, perniagaan kereta sewa dan pengurusan logistik, anda patut baca artikel ini. Kami akan berkongsi dengan anda beberapa cara bagaimana anda boleh meningkatkan keuntungan syarikat, di mana salah satunya adalah berkaitan dengan penggunaan alat pengesan kereta bagi kenderaan fleet anda.

Cara meningkatkan keuntungan perniagaan fleet, kereta sewa dan pengangkutan

Pada zaman teknologi yang serba mencabar ini, proses perniagaan menjadi semakin pantas. Persaingan bertambah sengit dengan munculnya banyak syarikat pengangkutan, penghantaran barangan, logistik dan fleet bak cendawan tumbuh selepas hujan.

Di Malaysia sahaja, terdapat banyak syarikat berasaskan penghantaran barangan. Antaranya ialah Pos Laju, J&T, Fedex, Ninja, DHL Express, City-Link dan GDex. Syarikat besar ini menguruskan perniagaan penghantaran barangan secara nasional, dari Perlis sehinggalah ke Sabah – dan ia dilakukan dengan pantas dan cekap sekali!

Sekiranya anda mahu syarikat kecil atau sederhana anda mampu bersaing dengan syarikat besar ini, maka anda boleh mencuba cara meningkatkan keuntungan perniagaan yang kami sarankan di bawah. Jangan terkejut jika salah satu caranya melibatkan penggunaan teknologi seperti alat pengesan kereta atau GPS tracker.

  1. Bentuk sistem model perniagaan dan aliran kerja yang cekap dan berkesan

Bagi memastikan urusan penghantaran barang yang dilakukan oleh pemandu trak, lori, treler mahupun van fleet anda berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah, adalah penting untuk anda menyusun satu sistem proses perniagaan dan aliran kerja yang cekap.

Contohnya, bagi pemandu kenderaan syarikat, adakah jadual penghantaran barangan atau masa mesyuarat yang dilakukan disusun secara efektif dan produktif? Adakah anda tahu siapakah pemandu yang bertanggungjawab untuk membuat sesuatu penghantaran? Adakah pergerakan kenderaan fleet anda dipantau dengan alat pengesan kereta GPS, atau GPS tracker?

Dan yang paling penting, adakah anda tahu lokasi mereka pada satu-satu masa dan sama ada mereka membuat penghantaran secara pantas tanpa sebarang lencongan atau penundaan? Sebenarnya, salah satu cara untuk meningkatkan keuntungan perniagaan bagi syarikat logistik adalah dengan memasang alat pengesan kereta GPS.

Alat ini membantu anda membuat analisa prestasi penghantaran barangan dan seterusnya menyusun aliran kerja secara berkesan kerana ia telah membantu memberikan gambaran tentang lokasi semasa kenderaan syarikat anda. Anda boleh menyusun jadual penghantaran dan memantau pergerakan setiap lori atau van fleet anda secara automatik dan tepat melalui peranti ini!

Lagi satu cara untuk anda meningkatkan keuntungan perniagaan melalui bantuan alat pengesan kereta, atau pengesan jejak GPS, ialah dengan memberikan nilai tambah di dalam perkhidmatan yang anda sediakan kepada setiap pelanggan anda.

Dengan tumbuhnya syarikat penghantaran barangan atau logistik secara pesat di Malaysia, sudah pasti anda perlu mencari satu x-faktor yang dapat menyerlahkan jenama syarikat anda. Gunakan bantuan alat pengesan kereta bagi mencekapkan lagi proses penghantaran barangan.

Ia dapat membantu mengurangkan beberapa masalah dalaman. Contohnya seperti:

  • mengurangkan masalah tingkah laku pekerja yang suka melencong
  • penggunan kenderaan syarikat tanpa izin atau bagi tujuan peribadi
  • mengawal penggunaan minyak petrol
  • pemanduan pekerja secara berbahaya

Apabila masalah dalaman di atas ini dapat diatasi, prestasi pekerja anda akan meningkat. Penghantaran barangan dapat dibuat dengan pantas. Atau, mesyuarat dapat dihadiri pada masa yang tepat. Semua ini akan meningkatkan kepuasan rakan kongsi dan pelanggan anda.

Yang paling penting, ia mengurangkan kos perniagaan. Minyak dapat dijimatkan. Maka, bolehlah anda memberikan harga yang kompetitif yang dapat menawan hati pelanggan anda, dek kerana penjimatan yang dicapai melalui pengurusan perniagaan yang cekap. Ianya dibantu dengan penggunaan alat pengesan kereta, atau GPS tracker. Menarik, bukan?

  1. Menyemak semula kos pentadbiran atau operasi syarikat

Kos pentadbiran atau operasi syarikat biasanya menjadi salah satu perbelanjaan bulanan yang tinggi bagi syarikat perniagaan yang berasaskan pengangkutan, kereta sewa, penghantaran barangan atau logistik.

Jika anda dapat mengurangkan kos pengurusan ini, sudah pasti anda akan dapat menikmati peningkatan keuntungan syarikat. Cuba semak semula setiap tugasan pekerja di syarikat anda. Adakah terdapat mana-mana tugasan am atau pentadbiran yang boleh diautomatikkan melalui bantuan teknologi?

Jika ya, mungkin kos penggajian bagi jawatan tersebut boleh dipotong dan ia boleh digantikan dengan penggunaan teknologi seperti sistem telematik atau alat pengesan kereta GPS. Sistem telematik merupakan satu sistem teknologi maklumat yang menggabungkan penggunaan alat telekomunikasi dan alat pengesan kereta GPS.

Ia membantu anda memantau pergerakan setiap aset fleet yang dimiliki oleh syarikat anda secara automatik. Selain itu, ia turut membantu memberikan pelbagai data lain, semuanya direkod secara tepat dan pantas di dalam sistem perisian yang disertakan dengan alat pengesan kenderaan tersebut. Antara maklumat yang dirakam ialah:

  • Lokasi semasa treler, lori, trak, van fleet atau kereta syarikat
  • Masa, tarikh dan arah perjalanan
  • Kelajuan, pembrekan dan gaya pemanduan secara menyeluruh
  • Masa berhenti dan status enjin serta pendingin hawa
  • Tahap minyak petrol di dalam tangki
  • Masa, lokasi stesen minyak, jumlah Ringgit bagi setiap pengisian (sekiranya diintegrasikan dengan kad minyak petrol perniagaan)

Adakah pekerja di syarikat anda, contohnya pembantu pentadbir am, melakukan perekodan di atas secara manual? Jika ya, apa kata anda pertimbangkan penggunaan alat pengesan kereta GPS yang sebenarnya mampu mengambil alih tugasan tersebut.

Dengan pemasangan alat ini, ia merekodkan data di atas secara masa nyata, tepat dan pantas. Dapatlah anda mengurangkan kos pentadbiran syarikat dan sebagai kesannya, meningkatkan keuntungan perniagaan syarikat anda!

4. Tingkatkan produktiviti perjalanan penghantaran barangan perniagaan

Apakah produk perniagaan syarikat anda yang paling banyak membawa masuk jumlah keuntungan setiap bulan? Untuk syarikat penghantaran barangan atau pengangkutan, sudah pasti bilangan kuantiti atau volum barangan yang dihantar menjadi satu kunci utama bagi jualan anda.

Jadi, salah satu cara berkesan untuk meningkatkan keuntungan syarikat anda adalah dengan memberikan perkhidmatan anda dalam saiz jualan yang besar. Contohnya, ketika membuat penghantaran ke luar negeri, dari Petaling Jaya ke Melaka, pastikan van fleet, treler atau lori anda dipenuhi dengan barangan perniagaan bagi kedua-dua perjalanan pergi dan balik.

Kurangkan daripada membuat perjalanan perniagaan dalam keadaan kenderaan yang kosong atau tidak penuh. Bagaimanakah caranya untuk anda meningkatkan produktiviti perjalanan penghantaran barangan? Sudah pasti, anda perlu membuat penjadualan dan pemantauan pergerakan kenderaan yang baik.

Gunakan bantuan alat pengesan kereta GPS untuk melihat perjalanan pergi dan pulang bagi setiap kenderaan fleet anda. Dan kemudian, anda boleh menggunakan setiap data yang direkod bagi tujuan penjadualan penghantaran barangan. Misalnya, ketahui kenderaan mana yang kosong dan tidak akan digunakan, tetapkan jenis dan saiz kenderaan yang paling sesuai bagi satu-satu perjalanan.

Tidak perlulah anda menggunakan treler panjang untuk membuat penghantaran barangan sekadar 100 atau 200 barang sahaja. Ia membazirkan perbatuan treler tersebut serta menelan kos diesel yang tinggi!

Selain itu, integrasikan alat pengesan kereta atau sistem telematik anda dengan kad fleet perniagaan. Kad minyak petrol ini dapat membantu memantau lokasi semasa lori anda secara lebih menyeluruh. Selain itu, anda dapat mengetahui berapa kos petrol atau diesel yang telah digunakan ketika membuat penghantaran barangan.

Apabila produktiviti kenderaan anda digunakan dengan sepenuhnya – dengan mengetahui lokasi, destinasi, barangan yang dihantar, kos minyak petrol dan dengan muatan yang sentiasa penuh – anda dapat mengurangkan kos perbelanjaan dan meningkatkan jumlah keuntungan syarikat!

  1. Tetapkan bajet bagi setiap penghantaran barangan atau perjalanan perniagaan

Selain daripada memaksimumkan jumlah barangan yang dimasukkan di dalam treler, lori, trak, atau van fleet, anda juga perlu menetapkan bajet bagi setiap penghantaran barangan yang dibuat oleh pemandu anda. Bajet ini dapat membantu mengawal jumlah perbelanjaan perniagaan.

Antara satu cara berkesan untuk menetapkan bajet bagi setiap perjalanan, contohnya dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, atau dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, adalah dengan menggunakan kad minyak petrol bagi setiap kenderaan atau pemandu anda.

Dengan memilih kad petrol yang bersesuaian dengan keperluan syarikat anda, anda dapat menetapkan kos ringgit bagi setiap kad yang digunakan oleh pemandu anda. Ianya mudah dipakai dan proses pemantauan juga dapat dilakukan secara dalam talian.

Gunakan juga kad fleet ini bersama dengan sistem telematik atau alat pengesan kereta GPS untuk merekodkan data perjalanan secara lebih menyeluruh. Ini memudahkan lagi proses pengurusan kenderaan fleet bagi syarikat logistik, penghantaran barangan, kereta sewa mahupun perniagaan pengangkutan.

Selepas membuat bajet yang bersesuai bagi setiap destinasi perjalanan, pastikan anda mengikuti bajet ini sebaiknya. Dan juga, jangan lupa untuk menyemak dan mengubah suai jumlah bajet yang ditetapkan mengikut keadaan semasa. Sudah pasti, ia bergantung kepada harga petrol atau diesel, harga tol semasa dan pelbagai aspek ekonomi lain yang diluar kawalan anda.

Penyemakan bajet secara berkala ini juga dapat mengekalkan kos perbelanjaan sejajar dengan perkembangan perniagaan anda. Pastikan bajet anda praktikal dan terkawal, anda pasti dapat melihat kesan positifnya di dalam buku akaun syarikat anda tidak lama lagi!

6. Cegah kecurian di dalam perniagaan yang membawa kepada kerugian

Masalah kecurian seringkali menjadi salah satu masalah di dalam perniagaan. Mungkin bagi syarikat kecil dan sederhana seperti anda, frekuensi kejadiannya tidaklah sekerap di syarikat besar Namun, ia tak bermakna yang anda patut memandang masalah ini sebelah mata saja. Gunakan bantuan alat pengesan kereta GPS di setiap kenderaan yang syarikat anda miliki.

Adakah anda tahu? Isu kecurian yang mungkin boleh terjadi kepada syarikat anda ialah seperti:

  • Kecurian barangan perniagaan milik pelanggan anda
  • Kecurian duit minyak petrol perniagaan
  • Kecurian kenderaan fleet komersial milik syarikat anda
  • Kecurian masa kerja dengan mencuri tulang, melencong dan sebagainya
  • Kecurian harta dan aset di pejabat syarikat

Sebagai pemilik syarikat, anda mesti segera menangani masalah kecurian ini kerana dalam jangka masa panjang, ia boleh membawa kerugian. Cuba bayangkan, sekiranya berlaku kecurian kereta syarikat atau kehilangan barangan pelanggan secara kerap, sudah pasti premium insuran syarikat anda akan meningkat.

Ini menambahkan kos dan mengurangkan keuntungan. Paling teruk, ia menjejaskan reputasi syarikat dan mengurangkan keyakinan para pelanggan anda. Maka, anda perlu menggunakan bantuan teknologi canggih seperti alat CCTV, kad minyak petrol, sistem telematik dan alat pengesan kereta GPS bagi menangani isu kecurian atau kehilangan ini.

CCTV memberikan anda “mata kedua” yang dapat menjamin keselamatan aset pejabat, wang tunai, dan kenderaan syarikat yang diparkir di kawasan pejabat anda. Kad minyak petrol boleh membantu membanteras isu kecurian duit minyak petrol kerana duit tunai tidak lagi digunakan.

Sebaliknya, pemandu anda akan menggunakan kad fleet perniagaan yang telah ditetapkan bajet ringgit padanya. Masalah tuntutan palsu duit diesel atau petrol kenderaan syarikat juga dapat dibanteras pada masa yang sama.

Sistem telematik dan alat pengesan kereta GPS pula membantu menyelesaikan masalah kecurian masa kerja, lencongan tanpa izin dan hentian terlalu lama di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dengan memberikan anda data seperti lokasi terkini kenderaan, status enjin kereta dan masa perjalanan ke destinasi penghantaran barangan.

Gunakan kaedah praktikal dengan bantuan teknologi seperti alat pengesan kereta GPS untuk meningatkan keuntungan perniagaan

Seperti yang anda lihat di atas, terdapat beberapa langkah berkesan yang boleh anda ambil bagi mengurangkan kos perbelanjaan dan meningkatkan keuntungan profit margin perniagaan anda. Ianya praktikal, mudah dan efektif.

Anda hanya perlu menggunakan beberapa sistem teknologi untuk mengautomatikkan proses perniagaan anda. Alat pengesan kereta GPS, kad minyak petrol, CCTV dan sistem telematik adalah antara peralatan yang boleh anda beli dan laburkan bagi kelancaran dan kecekapan proses perniagaan.

Penggunaan sistem teknologi ini memberikan kepada anda tiga perkara yang penting bagi meningkatkan profit margin syarikat anda: kawalan terhadap aset seperti kenderaan dan wang tunai, keselamatan daripada kecurian dan pengawalan prestasi pemandu, kos perjalanan serta produktiviti perniagaan.

Anda tahu tak di mana anda boleh mendapatkan alat pengesan kereta GPS, sistem telematik atau kad minyak diesel yang paling bersesuaian dengan saiz, model perniagaan dan keperluan syarikat anda? Tak perlu pening kepala. Gunakan khidmat profesional iCompario bagi mendapatkan saranan sistem telematik, alat pengesan kereta, GPS tracker atau kad fleet perniagaan.

Konsultan di iCompario akan menggunakan maklumat perniagaan yang anda serahkan kepada mereka untuk mencari alat pengesan jejak GPS atau sistem telematik fleet yang paling ideal untuk anda. Anda akan dihubungi dalam masa sehari ke dua hari bekerja dan permohonan atau pembelian kad fleet dan sistem telematik akan dapat dilakukan selepas itu dengan pantas.

iCompario berpengalaman dalam memberikan saranan kepada syarikat kecil dan sederhana dalam membuat pemilihan sistem telematik, alat pengesan GPS dan kad minyak petrol. Dengan bantuan mereka, dapatlah anda memperbaiki proses perniagaan dengan mengurangkan kos perbelanjaan dan meningkatkan keuntungan syarikat. Mari hubungi iCompario dan mencuba khidmat mereka hari ini juga!