Tips Perniagaan: Cara Kurangkan Kos Minyak Petrol Untuk Kenderaan Syarikat

Sekiranya anda mengusahakan syarikat pengangkutan, perniagaan berkaitan logistik, mahu pun mempunyai beberapa kenderaan fleet milik syarikat, anda mungkin tertanya-tanya apakah cara kurangkan kos minyak petrol yang paling berkesan. Di dalam artikel, kami akan kongsikan dengan anda beberapa kaedah berkesan yang boleh anda cuba bagi memastikan perbelanjaan bahan api untuk kenderaan anda sentiasa rendah dan terkawal. Mari kita lihat beberapa cara untuk kurangkan kos diesel atau petrol syarikat anda!

7 cara kurangkan kos minyak petrol yang boleh anda cuba untuk kenderaan syarikat

Pemilik perniagaan perlu mengetahui beberapa cara kurangkan kos minyak petrol yang berikut bagi memastikan tiada pembaziran duit minyak berlaku di dalam syarikat anda. Tidak kiralah sama ada anda menguruskan jumlah kenderaan yang kecil atau mempunyai banyak trak, lori atau van fleet, semua cara di bawah dapat membantu anda mengurangkan jumlah ringgit yang dibelanjakan setiap bulan oleh pemandu syarikat anda.

  1. Elakkan daripada membuat perjalanan perniagaan ketika waktu puncak

Adakah anda beroperasi di sekitar Kuala Lumpur atau Selangor yang terkenal dengan kesesakannya? Adakah lori, trak atau van fleet anda sering melakukan penghantaran barang ke bandar besar di negeri lain seperti Pulang Pinang dan Johor Bahru? Jika ya, apa kata anda cuba cara kurangkan kos minyak petrol ini, iaitu anda perlu mempertimbangkan waktu penghantaran yang dilakukan oleh pemandu anda.

Sebelum menjadualkan perjalanan perniagaan pekerja, pastikan anda mengambil kira hari, lokasi dan masa penghantaran. Kawasan Petaling Jaya, Kuala Lumpur, dan sekitar Lembah Klang – semua destinasi ini mengalami kesesakan terutamanya ketika waktu masuk kerja dan selepas waktu pejabat.

Apabila pemandu anda tersekat di dalam kesesakan lalu lintas, kenderaan fleet anda menelan minyak petrol atau diesel yang tidak sepatutnya. Selain itu, ia turut memberikan kesan psikologi di mana ia hanya akan menambahkan kadar tekanan pekerja anda kerana terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalu lintas!

Akibatnya, ia akan menyebabkan kelewatan penghantaran barangan, menurunkan kualiti perkhidmatan dan tahap kepercayaan pelanggan, dan yang paling menelan belanja ialah, ia akan mempercepatkan penyelenggaraan kenderaan seperti tayar, enjin dan alat ganti kerana terlalu lama berada di dalam lalu lintas yang sesak.

  1. Gunakan teknologi pengesan GPS lori atau pengesan kereta

Sebagai satu cara kurangkan kos minyak petrol, apa kata anda mempertimbangkan penggunaan sistem GPS online kereta atau aplikasi penunjuk arah jalan bagi melihat keadaan lalu lintas semasa.

Sekiranya pemandu anda sering mengisi minyak ketika membuat perjalanan perniagaan, anda boleh meminta mereka mengisi diesel atau petrol menggunakan kad fuel yang disertakan dengan aplikasi dalam talian dengan ciri e-route.

Aplikasi pintar ini dapat memberikan arah petunjuk jalan ke destinasi stesen minyak terdekat sambil mengelak jalan yang sedang mengalami kesesakan. Lagi satu cara kurangkan kos minyak petrol adalah dengan menjadualkan perjalanan secara produktif.

Kurangkan daripada membuat perjalanan balik dengan ruang lori atau van fleet yang kosong tanpa sebarang barangan perniagaan. Ia hanya membazirkan petrol dan tidak membawa sebarang pulangan atau keuntungan kepada perniagaan anda.

3. Gunakan sistem telematik yang diintegrasikan dengan alat pengesan GPS kenderaan

Cara kurangkan kos minyak petrol yang seterusnya berkait rapat dengan habit pemanduan pemandu kenderaan syarikat anda. Anda pasti tahu bahawa sekiranya pekerja anda tidak dilatih dengan sebaiknya, pemandu anda akan terus memandu lori, trak atau van fleet anda secara semberono.

Mereka tidak akan mengawal kadar pecutan kenderaan dengan cara yang betul dan juga sering membrek secara melulu. Semua ini mempengaruhi kos perbelanjaan duit minyak syarikat. Apa yang boleh anda lakukan sebagai cara kurangkan kos minyak petrol adalah dengan menggunakan kad fuel yang disertakan dengan sistem telematik atau sistem pengesan GPS.

Dengan bantuan teknologi ini, anda boleh melihat perjalanan perniagaan dan memupuk habit pemanduan pekerja anda. Ia boleh menjadi langkah penjimatan penggunaan petrol yang berkesan. Sistem telematik menggunakan teknologi pengesan GPS lori, kereta atau van bagi mengetahui lokasi semasa, arah perjalanan dan cara pemanduan. Yang bagusnya, data ini direkod di dalam sistem secara automatik.

4. Rangka latihan pemanduan profesional supaya lebih profesional dan berhemah

Apabila anda dapat merekod dan memantau data-data yang dijanakan oleh pemanduan pekerja anda, maka bolehlah anda merangka dan melakukan latihan pemanduan bagi melatih pekerja anda. Melalui latihan profesional ini, diharapkan pemandu anda dapat memandu secara lebih berhemah.

Antara cara kurangkan kos minyak petrol melalui cara perubahan gaya pemanduan ialah:

  • menjaga jarak kenderaan terutamanya ketika jalan raya sedang sesak
  • mengawal cara menekan pedal minyak dan brek kereta
  • membawa kenderaan dengn kadar pecutan yang konsisten
  • pengunaan gear yang betul sewaktu memandu dalam bandar, kampung atau lebuh raya

Selain daripada habit pemanduan yang betul di atas, pemandu anda juga perlu dilatih supaya sentiasa memastikan tekanan angin tayar kenderaan adalah mencukupi sebelum membuat perjalanan. Angin tayar yang tidak mencukupi akan meningkatkan rintangan dan akibatnya, enjin akan memerlukan tenaga yang lebih untuk menggerakkan tayar. Ini sudah pasti menelan kos minyak.

Percayalah, sekiranya lima atau sepuluh orang pemandu anda memandu dengan cara profesional begini, anda akan dapat lihat pengurangan pengisian diesel atau petrol!

5. Pemilihan kenderaan syarikat yang betul

Kalau anda nak tahu, sebenarnya cara kurangkan kos minyak petrol bermula dari proses pemilihan kenderaan lagi. Sebelum anda membeli van fleet, lori, trak, atau kereta syarikat, pastikan anda memilih kenderaan yang mesra alam, berteknologi hijau dengan sokongan Eko dan berbentuk aerodinamik.

Lagi bagus, sekiranya anda mempunyai bajet lebih, pilihlah kereta hibrd atau separuh hibrid. Ia menjadi satu cara kurangkan kos minyak petrol yang sangat berkesan terutamanya dalan jangka masa panjang. Kenderaan berteknologi hijau, atau Eko, dapat membantu anda mengurangkan aktiviti pengisian minyak.

Contohnya, ketika van fleet atau kereta anda tidak bergerak, enjinnya akan ditetapkan dalm keadaan ‘idle’ atau ‘pasif’. Ini membantu menjimatkan minyak ketika di jalanan. Selain itu, bentuk aerodinamik pada satu-satu kenderaan juga membantu mengurangkan rintangan angin. Rintangan ini memainkan peranan dalam penggunaan bahan api pada kereta anda. Semakin aerodinamik kereta yang anda gunakan, semakin banyak penjimatan minyak yang berlaku!

Tambahan lagi, anda juga amat digalakkan untuk memilih jenis kenderaan dan kapasiti enjin yang bersesuaian dengan keperluan perniagaan anda. Anda tidak perlu membeli trak Hilux premium dengan enjin berkapasiti 3000cc hanya kerana anda meminatinya! Ini adalah kerana kenderaan besar begini hadir bersama dengan kos diesel (serta cukai jalan dan insurans) yang cukup tinggi!

6. Pemilihan bahan api yang betul – Diesel vs. RON97 vs. RON95

Lagi satu cara kurangkan kos minyak petrol untuk kenderaan syarikat anda adalah dengan menentukan penggunaan jenis minyak. Dengan penetapan ini, anda sebenarnya mengawal dan menyepadukan jenis minyak yang dipakai oleh setiap pemandu anda.

Di Malaysia, terdapat pilihan jenis petrol RON95 dan RON97. Selain itu, terdapat juga diesel dan NGV. Anda mungkin tertanya-tanya, mana satukah minyak petrol paling jimat? Sebenarnya, ia bergantung kepada jenis kenderaan yang akan anda digunakan bagi satu-satu perjalanan.

Selain itu, penjimatan mengikut jenis minyak juga turut bergantung kepada jenis laluan yang akan dilalui oleh kenderaan fleet anda. Adakah pemandu anda akan melakukan penghantaran kargo, kontena atau barangan di dalam bandar sahaja atau perlu melalui lebuh raya PLUS?

Contohnya, ada satu perkongsian di Says.com yang cukup menarik di mana ia mengatakan bahawa minyak RON97 adalah lebih bagus bagi perjalanan jauh berbanding RON95.Apa yang boleh anda lakukan adalah dengan mengeksperimen beberapa jenis bahan api dan melihat sendiri kadar penjimatannya bagi perjalanan di dalam bandar mahupun di lebuh raya.

Tetapi, kami faham bahawa anda juga mungkin berasa sukar mahu memantau pengisian petrol yang dilakukan oleh pekerja anda dengan cara eksperimen begini. Jadi, sebagai satu cara kurangkan kos minyak petrol, anda boleh melihat kepada cadangan kami di bawah ini. Ada satu alat teknologi yang boleh anda gunakan bagi pemantauan pengisian minyak syarikat yang lebih pantas, tepat dan cekap!

7. Penggunaan kad minyak petrol perniagaan bagi pemantaun perbelanjaan bahan api

Di sini, kami kongsikan dengan anda lagi satu cara kurangkan kos minyak petrol yang berkesan. Ia adalah dengan menggunakan kad fuel perniagaan! Kebanyakan syarikat minyak di Malaysia ada menyediakan kad petrol komersial yang khas bagi syarikat berdaftar.

Tidak kiralah sama ada syarikat anda berstatus sendirian berhad (SDN. BHD.) atau Enterprise saja, anda boleh membuat permohonan bagi memiliki kad petrol ini. Biasanya pengeluar kad akan menyediakan satu sistem dalam talian bersama dengan kad minyak tersebut.

Ada banyak data yang direkod secara automatik di dalam sistem ini yang dapat membantu anda memantau perbelanjaan minyak oleh kenderaan fleet anda. Ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan apabila anda memiliki kad petrol ini.

  • Menetapkan had perbelanjaan mingguan atau bulanan
  • Menetapkan jenis minyak yang boleh digunakan
  • Menetapkan nama pemandu atau kenderaan pada kad
  • Menetapkan nombor PIN bagi tujuan keselamatan
  • Melihat waktu dan lokasi pengisian bahan api
  • Melihat invois/bil semasa dan yang terdahulu
  • Membatal dan memperbaharui kad
  • Membuat pembayaran secara dalam talian

Seperti yang anda lihat, pengurusan bahan api kenderaan fleet anda menjadi lebih cekap dengan adanya kad fuel perniagaan. Ia menjadi satu cara kurangkan kos minyak petrol yang berkesan. Apa kata anda memohonnya hari ini?

Gunakan khidmat iCompario untuk membanding dan memilih kad minyak terbaik

Anda tidak perlu bersusah payah memilih kad minyak petrol terbaik untuk syarikat anda. Gunakan saja khidmat perbandingan kad yang dilakukan oleh iCompario. Melalui kerjasamanya dengan pengeluar kad minyak petrol, iCompario akan membanding dan memilih kad yang paling ideal untuk syarikat anda.

Pertimbangan ini dibuat berdasarkan maklumat perniagaan yang anda berikan kepada mereka. Selepas memberi saranan dan anda bersetuju untuk memilih kad tersebut, iCompario akan menghantar borang permohonan anda kepada syarikat tersebut bagi pihak anda.

Anda hanya perlu menunggu untuk dihubungi oleh wakil syarikat kad berkenaan dalam masa sehari atau dua hari bekerja. Ianya mudah dan pantas! Diharapkan, cara kurangkan kos minyak petrol ini dapat membantu anda mengurangkan perbelanjaan dan meningkat keuntungan perniagaan setiap tahun. Mari cubanya mulai hari ini dan lihat sendiri keberkesanannya!