Cara Kad Minyak Petrol Membantu Syarikat Kecil Anda Di Malaysia
Sebagai pemilik syarikat kecil atau sederhana, penjimatan perbelanjaan adalah antara isu yang sering menjadi fokus utama perniagaan. Dengan mengurangkan kos-kos pengurusan dan operasi, lebih banyak keuntungan yang dapat dijana oleh syarikat anda. Kalau anda sedang mencari cara untuk melakukan penjimatan, apa kata anda mempertimbangkan kad fuel? Di dalam artikel ini, kami akan menunjukkan cara kad minyak petrol dapat membantu syarikat kecil anda berjimat dan memaksimumkan keuntungan!
Pengurusan perbelanjaan bahan api yang cekap dengan kad minyak petrol
Anda pasti mempunyai kenderaan syarikat dan ia sering digunakan oleh pekerja anda bagi tujuan perniagaan. Sama ada untuk menghadiri mesyuarat di luar bersama rakan kongsi, membuat perjumpaan jualan dengan bakal klien dan menghantar barangan atau kontena, sudah pasti bahan api menjadi perbelanjaan utama.
Antara perkara yang menjadi persoalan adalah: adakah anda membiarkan pemandu syarikat anda mengisi minyak secara tunai tanpa mendapat faedah apa-apa? Ataupun, anda secara bijak menggunakan kad minyak petrol bagi mendapatkan harga petrol atau diesel yang terbaik berserta mata ganjaran yang menarik?
Adakah anda tahu? Dengan menggunakan kad minyak petrol, anda dapat menguruskan kenderaan syarikat dengan lebih baik, memantau habit pemanduan pekerja anda secara lebih cekap, dan mengurangkan pembaziran wang syarikat.
Jenis-jenis kad petrol fleet yang ada di pasaran
Anda mungkin tidak berapa faham bagaimana kad minyak petrol berfungsi sebenarnya. Sekiranya harga minyak RON95, RON97 dan diesel dikawal oleh kerajaan Malaysia, mengapa perlu anda menggunakan kad ini sekiranya harga minyak adalah sama di setiap stesen?
Kad minyak petrol adalah kad yang khusus bagi pengisian diesel atau petrol yang dikeluarkan oleh syarikat minyak terkemuka di Malaysia. Jika anda menguruskan syarikat pengangkutan atau mempunyai banyak kenderaan fleet, maka pilih salah satu daripada kad di bawah ini. Antara pilihan kad fuel perniagaan yang ada di negara kita bagi syarikat komersial ialah:
- Kad Fuel Shell – Sesuai untuk mendapatkan sistem dalam talian berserta perekodan data
- Kad Minyak SmartPay Petronas – Sesuai untuk pilihan kad yang pelbagai, 6 jenis kad berbeza
- Kad Caltex StarCard – Sesuai untuk liputan meluas dengan hampir 420 stesen minyak
- Kad BHPetrol X-Fleet – Sesuai untuk syarikat fleet dengan 3 kenderaan dan ke atas
- Kad Petron Fleet – Sesuai untuk perniagaan di Semenanjung Malaysia dan Sabah
Bagaimanakah kad minyak petrol berfungsi?
Sekiranya anda menggunakan kad minyak petrol bagi syarikat kecil atau sederhana, anda akan dapat menikmati cara pengisian petrol yang lebih mudah dan pantas serta dapat menguruskan perbelanjaan duit minyak syarikat dengan lebih cekap.
Semasa memohon kad petrol komersial bagi kereta syarikat, trak, lori atau van fleet, anda boleh memilih sama ada untuk menetapkan kad tersebut kepada setiap pemandu atau setiap kenderaan. Kad tersebut akan diberikan berserta dengan nombor PIN keselamatan.
Pemandu anda boleh membawa kad minyak petrol ini ketika menghadiri mesyuarat luar atau menghantar barangan perniagaan dan meleretkannya ketika membuat pengisian diesel atau petrol bagi kenderaan fleet syarikat anda.
Apa yang berlaku apabila pemandu anda meleretkan kad ini ketika mengisi minyak di stesen minyak pilihan anda ialah anda akan dapat mengetahui data berikut:
- Jumlah ringgit yang dibelanjakan akan direkod di dalam sistem dalam talian.
- Jenis minyak yang diisi, sama ada RON95, RON97, atau diesel (Mana satu lebih baik? Lihat perkongsian tentang minyak petrol mana lebih jimat di sini!)
- Masa dan lokasi stesen minyak tempat pemandu anda mengisi minyak
- Jenis kenderaan yang digunakan ketika membuat pengisian bahan api
Anda boleh melihat semua maklumat di atas melalui aplikasi dalam talian yang telah dipasang di telefon pintar atau tablet. Apa yang anda perlukan hanyalah sambungan Internet yang stabil. Kini, proses pemantauan perbelanjaan petrol menjadi lebih mudah, pantas dan cekap; semuanya dengan bantuan kad minyak petrol anda!
Perekodan yang dibuat secara automatik semestinya tepat dan boleh dipercayai. Pemandu anda tidak lagi perlu membawa wang tunai untuk mengisi minyak. Ianya lebih mudah dan selamat!
Faedah kad petrol perniagaan untuk syarikat kecil di Malaysia
Di sini, kami senaraikan beberapa faedah yang dapat anda nikmati apabila anda memberikan kad minyak kepada setiap kenderaan atau pemandu anda.
- Gunakan kad diesel subsidi untuk menikmati harga minyak diesel di bawah harga pasaran yand ditetapkan oleh kerajaan Malaysia
- Leret kad fuel di stesen minyak untuk menjimatkan waktu. Tidak perlu berjalan dan beratur di kaunter pembayaran
- Kumpul mata ganjaran ketika mengisi minyak atau membeli barangan di kedai serbaneka stesen minyak untuk diskaun, rebat istimewa atau pulangan tunai
- Gunakan sistem perisian dalam talian yang disertakan untuk melihat perbelanjaan petrol atau diesel yang terkini
- Satukan kad minyak petrol dengan sistem GPS kenderaan atau sistem telematik untuk data menyeluruh tentang perbatuan, lokasi, dan arah perjalanan kenderaan
Jimat wang dan pantau kenderaan fleet secara cekap
Anda tahu tak? Dengan mendapatkan kad minyak petrol, anda akan mendapat akses kepada sistem perisian pintar yang datang sekali dengan kad tersebut. Anda boleh mendaftarkan nama pemandu atau kenderaan secara dalam talian. Kemudian, lihat saja semua data yang direkodkan.
Mahu lebih cekap lagi, integrasikan sistem tersebut dengan sistem GPS kenderaan untuk kereta, trak, lori atau van fleet anda. Selain itu, sistem telematik juga boleh dipadankan sekali. Maklumat yang dapat diperolehi kini lebih tepat dan menyeluruh.
Dengan bantuan teknologi GPS, pemandu anda boleh mencari stesen minyak yang paling hampir sekiranya mereka ingin mengisi minyak. Selain itu, aplikasi yang dimuat turun turut menunjukkan arah perjalanan terpantas ke stesen tersebut. Ia akan membantu anda mengelakkan kesesakan lalu lintas pada masa yang sama!
Semakin pantas perjalanan penghantaran barang perniagaan anda, semakin kurang kos perkhidmatan. Jadi, anda mampu memberikan kadar harga perkhidmatan yang lebih kompetitif kepada pelanggan anda. Seperti yang anda lihat, penggunaan kad minyak petrol secara bijak bukan saja menjimatkan duit minyak syarikat, malah membantu mencekapkan lagi urusan perkhidmatan syarikat anda!
Kad petrol boleh bantu syarikat kecil memupuk habit pemanduan berhemah pekerja
Siapa sangka? Dengan hanya menggunakan peralatan teknologi seperti kad minyak petrol, anda turut boleh menguruskan pemandu syarikat pada masa yang sama. Selain kos petrol atau diesel, kos saman jalan raya boleh menjadi perbelanjaan yang tidak diperlukan atau membebankan.
Dengan sistem telematik yang diintegrasikan dengan kad minyak petrol, anda boleh melihat arah perjalanan kenderaan fleet anda. Selain itu, anda turut boleh menyemak pecutan dan pembrekan kenderaan anda. Rekod perbatuan juga turut dijana secara automatik oleh sistem ini.
Dengan melihat maklumat di atas, anda boleh melihat gaya pemanduan pekerja. Adakah mereka terlalu bermain dengan pedal minyak? Adakah mereka memecut sembarangan ketika menaiki kawasan berbukit? Adakah pekerja anda memandu melebihi had laju?
Seperti yang kita tahu, semua ini akan menelan minyak yang banyak, mempercepatkan kerosakan enjin dan bahagian kenderaan dan sudah pasti, menyebabkan kenderaan syarikat anda mendapat saman.
Dengan bantuan kad fuel perniagaan dan sistem GPS kenderaan, anda boleh melatih pemandu anda dengan membuat latihan pemanduan profesional. Latihan berkala ini boleh anda bentuk dengan bantuan data yang dijana oleh sistem ini.
Gunakan khidmat iCompario untuk mencari kad petrol terbaik dan sistem telematik ideal
Anda tidak perlu membelanjakan wang yang besar untuk membeli sistem GPS yang mahal. Dapatkan bantuan iCompario untuk mencari sistem telematik yang sesuai dengan keperluan syarikat anda. Selain itu, dapatkan saranan kad minyak petrol terbaik untuk anda gunakan pada kenderaan anda.
Anda tidak perlu membelanjakan wang yang besar untuk membeli sistem GPS yang mahal. Dapatkan bantuan iCompario untuk mencari sistem telematik yang sesuai dengan keperluan syarikat anda. Selain itu, dapatkan saranan kad minyak petrol terbaik untuk anda gunakan pada kenderaan anda.
iCompario akan membantu anda membanding dan memberi saranan kad minyak petrol terbaik. Ini akan memudahkan kerja. Anda tidak perlu membuat kajian sendiri dan menghabiskan masa untuk mencari mana satu kad minyak petrol yang paling sesuai bagi syarikat kecil anda.
iCompario akan memberikan cadangan kad fuel berdasarkan keperluan syarikat anda, di mana ianya sesuai dengan keadaan semasa dan struktur perniagaan anda. Perkhidmatan perbandingan yang percuma ini sangat ekonomikal buat syarikat kecil anda. Konsultan berpengalaman dari iCompario boleh membantu selepas menerima maklumat permohonan dari anda. Anda tidak perlu menghabiskan wang ribuan ringgit hanya untuk konsultansi.
Mereka kemudiannya akan menghantar permohonan kepada pengeluar kad minyak petrol yang anda pilih. Biasanya, anda akan dihubungi oleh pengeluar kad dalam masa sehari atau 2 hari bekerja. Ianya pantas dan mudah. Anda belum mendapatkan kad petrol terbaik? Jom cuba khidmat iCompario hari ini juga!