Petrol Komersial vs. Petrol Subsidi – Guna Kad Petrol Terbaik Untuk Faedah Hebat!

Sebagai pemilik perniagaan yang mempunyai beberapa kereta syarikat atau mengendalikan kenderaan fleet, adalah penting untuk anda mengawal perbelanjaan petrol sebaik mungkin. Adakah anda sudah pun menggunakan kad petrol terbaik untuk syarikat anda? Dengan bantuan kad fuel yang paling sesuai dengan keperluan perniagaan anda, urusan tuntutan duit minyak dan pengurusan kos bahan api akan semakin lancar, mudah dan teratur. Adakah anda tahu apakah kaedah harga yang dikenakan pada petrol atau diesel sekiranya anda menggunakan kad minyak perniagaan? Mari baca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut.

Mengapa anda perlu menggunakan kad petrol terbaik untuk kenderaan flit syarikat anda?

Mungkin ada antara anda yang masih menggunakan sistem manual untuk mengisi minyak kereta, lori, van atau trak syarikat anda. Sebenarnya, ada satu cara yang lebih cekap yang patut anda gunakan ketika membuat pengisian minyak petrol atau diesel bagi kenderaan flit anda. Ianya adalah dengan menggunakan kad petrol terbaik yang paling ideal untuk perniagaan anda.

 

Di Malaysia, harga petrol dan diesel dikawal secara rapi oleh pihak kerajaan. Kadar harga bahan api biasanya ditentukan secara mingguan mengikut keadaan harga pasaran minyak global. Ianya tidak tetap dan boleh berubah-ubah.

 

Jadi, anda mungkin tertanya-tanya, sekiranya harga petrol dan diesel dikawal secara ketat oleh pihak kerajaan, mengapa pula anda perlu menggunakan kad fuel perniagaan? Harganya adalah sama di seluruh Malaysia!

 

Jawapannya adalah: kad petrol terbaik boleh membantu anda mendapatkan diskaun istimewa, pulangan rebat dan hadiah menarik lain. Bagi syarikat komersial, sekiranya anda menyertai Program Subsidi Petrol yang diselia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), anda boleh mendapatkan petrol pada harga yang lebih rendah berbanding harga di pasaran semasa, yang dikenali sebagai subsidi pukal.

Sistem harga apungan vs. sistem petrol bersubsidi

Biasanya, kad minyak perniagaan yang ada di Malaysia menyediakan dua jenis penetapan harga petrol atau diesel. Ianya adalah mengikut sistem harga apungan atau sistem petrol bersubsidi. Kadar harga minyak bagi kedua-dua sistem ini adalah berbeza.

A.      Sistem harga apungan

 

An empty icon of a fuel gauge, with fuel pumps in the background

Souce: Pixabay.com

Pertama, terdapat sejenis kad fuel yang disediakan oleh syarikat pengeluar minyak yang menggunakan harga pasaran biasa. Maksudnya, harga petrol atau diesel akan berubah secara mingguan mengikut ketetapan pihak kerajaan Malaysia. Kadar harga minyak petrol boleh berubah-ubah di antara RM1.50 sehingga RM3, bergantung sama ada ia adalah RON95 atau RON97 dan juga mengikut keadaan harga minyak antarabangsa.

 

Mungkin anda gemarkan minyak RON97 yang dikatakan lebih berkualiti dan memberikan lebih kuasa kepada enjin kereta anda berbanding RON95. Namun, seperti yang kita tahu, harganya lebih mahal berbanding RON95. Dan, kadar minyak ROM97 juga diapungkan sepenuhnya oleh kerajaan.

 

Minyak RON95 juga turut diapungkan mengikut harga minyak dunia, tetapi sebahagian harganya ditanggung oleh kerajaan – di bawah program subsidi bersasar. Anda boleh mengetahui harga minyak mingguan secara dalam talian atau melihat kepada papan billboard berelektronik yang ada di setiap stesen minyak.

 

Kalau anda mempunyai kad petrol terbaik untuk pemandu atau kenderaan flit anda, kad fuel ini boleh memberikan potongan diskaun bagi setiap perbelanjaan petrol RON95 atau RON97 yang anda lakukan setiap minggu atau bulan. Malah, anda turut boleh menggunakan kad fuel ini ketika membeli beberapa barangan di kedai stesen minyak seperti syampu kereta, minyak enjin kenderaan, snek ataupun minuman ringan.

 

Bagi kenderaan berat atau komersial seperti trak, lori atau van yang biasanya menggunakan diesel, kad fuel juga boleh memberikan lebih banyak manfaat seperti yang disebutkan di atas. Kad fuel menjadi penting sekiranya anda mempunyai bilangan kenderaan flit yang besar – semakin kerap anda meleretkan kad fuel di stesen minyak, semakin banyak faedah yang anda akan dapat, berbanding mengisi pam petrol menggunakan kaedah biasa, iaitu membayar dengan wang tunai tanpa kad fuel!

 

B.      Sistem petrol bersubsidi

 

A selection of fuel pumps

Source: Canva.com

 

Bagi pemilik syarikat, anda juga boleh menyertai Program Subsidi Diesel yang disediakan khas untuk perniagaan berasaskan kenderaan fleet atau pengangkutan. Sekiranya anda berkelayakan untuk menyertai program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan, anda boleh meleretkan kad petrol terbaik ini di peranti kad di stesen minyak bagi mendapatkan harga petrol pada diskaun istimewa, di mana harga selebihnya telah ditanggung oleh kerajaan.

 

Di bawah program subsidi minyak ini, kadar harga diesel atau petrol adalah lebih rendah berbanding harga biasa. Ianya tidak ditawarkan kepada orang ramai, hanya yang layak saja boleh mendapatkan petrol atau diesel pada harga istimewa. Dengan mendapatkan diesel untuk van flit atau lori perniagaan anda, bolehlah anda mengurangkan jumlah perbelanjaan bahan api.

 

Melalui kad petrol subsidi ini, mudahlah urusan anda di stesen minyak. Pihak stesen boleh mengetahui dengan cepat yang anda adalah sebahagian daripada program subsidi dan ketika membuat pengisian pam petrol atau diesel, jumlah harga yang anda bayar adalah lebih rendah berbanding kebiasaan. Penjimatan ini akan dapat anda lihat di bil yang akan anda terima melalui sistem aplikasi dalam talian setiap bulan. Mudah dan jimat, kan?

 

Antara penyedia kad petrol terbaik yang menawarkan kad fuel subsidi yang khusus adalah:

 

 

Anda perlu tahu yang berbanding kad fuel komersial biasa yang mengikut sistem harga apungan yang boleh digunakan di kebanyakan stesen minyak, kad petrol subsidi pula terhad kepada stesen minyak tertentu sahaja. Tidak semua stesen petrol menerima kad fleet subsidi ini.

 

Kad ini sesuai sekiranya stesen petrol yang menerima kad subsidi ada di dalam perjalanan perniagaan anda. Banyak penjimatan yang boleh anda lakukan dengan mengisi petrol atau diesel pada harga yang lebih rendah!

Manfaat menggunakan kad petrol perniagaan bagi kenderaan flit

 

A car dashboard

Source: Pexels.com

Sebagai rumusannya, kad petrol terbaik yang dikeluarkan oleh kebanyakan syarikat minyak ada dua jenis:

 

  • Kad petrol komersial yang biasa – menggunakan sistem harga apungan
  • Kad petrol bersubsidi yang istimewa – menggunakan sistem harga minyak bersubsidi, khusus untuk mereka yang layak

 

Kedua-duanya dapat memberikan faedah kepada syarikat anda. Yang penting, ianya mudah digunakan dan menawarkan beberapa manfaat seperti:

 

  • Memberikan mata ganjaran untuk anda kumpul dan tebus dalam pulangan berbentuk hadiah menarik, cenderahati istimewa, diskaun tunai dan pulangan minyak percuma!
  • Memberikan harga petrol atau diesel lebih murah berbanding harga pasaran yang dapat mengurangkan perbelanjaan bahan api
  • Menyediakan invois atau bil secara tepat dan mudah secara bulanan
  • Cara pembayaran yang mudah sama ada prabayar, bil/postpaid atau tunai
  • Memudahkan anda memantau perbelanjaan petrol atau diesel oleh kenderaan flit anda
  • Lebih selamat dan cekap dengan penggunaan nombor PIN pada setiap kad minyak perniagaan
  • Membantu anda melatih pemandu berdasarkan pemantauan pengisian bahan api atau kaedah pemanduan yang direkod oleh kad fuel atau sistem telematik yang digunakan bersamanya!
  • Dapatkan kaedah berganda apabila anda menggunakan kad fuel bersama dengan kad kredit bagi mata ganjaran dan hadiah istimewa yang lebih banyak!

 

Ada beberapa kad petrol terbaik di luar sana yang disediakan oleh syarikat minyak di Malaysia seperti Shell, Petronas, Petron, Caltex dan BHP. Ketika memilih kad petrol terbaik untuk syarikat anda, anda perlu mempertimbangkan kad minyak yang manakah paling sesuai dengan keperluan perniagaan.

 

Beberapa kriteria yang perlu anda fikirkan ketika memilih kad petrol terbaik adalah:

 

  • bilangan kereta syarikat atau saiz kenderaan fleet
  • stesen petrol yang berada di laluan perjalanan perniagaan yang kerap dilalui oleh kenderaan flit
  • sama ada pengeluar menyediakan sistem aplikasi yang dapat membantu anda memantau perbelanjaan minyak yang dilakukan oleh pemandu
  • sama ada kad fuel pilihan anda boleh diintegrasikan dengan sistem telematik bagi bantuan pengesanan lokasi GPS untuk trak, lori atau van flit
  • sama ada jenis kad petrol terbaik anda – sama ada kad komersial biasa atau kad subsidi – dapat diterima secara meluas oleh stesen minyak pilihan anda

Pilih jenis kad petrol terbaik yang dapat memberikan lebih banyak manfaat kepada syarikat anda!

Tak tahu mana satu nak pilih? Jangan risau. Gunakan khidmat iCompario yang boleh memberikan konsultansi kepada anda ketika memilih kad minyak perniagaan. iCompario akan melihat kepada maklumat perniagaan yang anda sediakan dan menghantarkan permohonan anda secara terus kepada penyedia kad fuel bagi pihak anda.

 

Ianya mudah dan cepat. Proses permohonan yang dilakukan oleh iCompario ini biasanya mengambil masa antara satu ke dua hari bekerja. Dengan kad petrol terbaik ini, anda boleh mengurangkan perbelanjaan bahan api syarikat dan juga mengurangkan kos pentadbiran bagi memproses tuntutan minyak secara manual yang dilakukan oleh pekerja anda.

 

Sistem aplikasi dalam talian yang disediakan oleh pihak pengeluar kad juga dapat membantu anda melakukan proses perekodan jumlah pengisian minyak secara terperinci. Buat permohonan sekarang dan leretkan kad petrol terbaik di stesen minyak hari ini juga untuk menikmati penjimatan hebat!