Kepentingan Sistem Pengurusan Tempahan Kereta Sewa

Antara perniagaan yang semakin berkembang maju di Malaysia ialah bisnes kereta sewa. Adakah anda mahu memulakan perniagaan ini? Tahukah anda apakah kepentingan sistem pengurusan tempahan kereta sewa dalam melancarkan proses perniagaan kereta sewa anda? Di dalam artikel ini, kita akan melihat bagaimana penggunaan sistem telematik amat penting bagi memudahkan kerja anda memantau, bukan sahaja aset syarikat anda, malah gaya pemanduan setiap pelanggan yang memandu kereta sewa anda yang sangat berharga itu!

1. Cara memula dan mengurus syarikat kereta sewa

Sebelum kita melihat secara lebih mendalam tentang sistem pengurusan tempahan kereta sewa, mari kami berkongsi dengan anda secara ringkas cara-cara memulakan perniagaan kereta sewa yang berjaya dan profesional. Sekiranya anda berminat untuk memulakan perniagaan yang amat berpotensi di Malaysia ini, mari ambil manfaat daripada tip cara memulakan syarikat kereta sewa di bawah ini.

A.Mulakan secara kecil-kecilan

Sekiranya anda baru hendak memulakan bisnes kereta sewa, anda perlu tahu yang anda tidak perlu bergolok-gadai untuk memulakan syarikat kereta sewa. Sebagai permulaan bagi syarikat kecil dan sederhana, anda boleh menyediakan di antara tiga ke lima buah kereta, itu sudah mencukupi.

Selain bermula dengan modal yang sederhana dan berpatutan, anda perlu memilih model kereta yang bersesuaian dengan pelanggan sasaran anda. Sekiranya anda menyasarkan untuk menyewa kereta sewa kepada pelajar universiti, mungkin kereta kecil seperti Perodua Viva atau Proton Iris sudah cukup sesuai untuk mereka. Kereta ekonomikal ini sangat berpatutan dengan bajet mereka.

Bagi pelanggan yang menyewa kereta untuk tujuan melancong, kereta MPV yang dapat memuatkan ramai orang adalah lebih ideal. Contohnya seperti van Toyota Hino, Proton Exora, Toyota Estima serta Toyota Vellfire.

Dengan membuat pemilihan model kereta yang sesuai, anda juga dapat menjimatkan kos bayaran ansuran kereta yang perlu dibayar setiap bulan kepada bank, premium insurans kenderaan yang perlu dibayar setiap tahun dan penyelenggeraan kereta.

B. Pastikan anda mempunyai lesen kereta sewa berdaftar

Bagi memastikan syarikat kereta sewa anda kekal beroperasi secara sah, anda perlu memastikan yang perniagaan anda telah memperolehi lesen pengendalian kereta sewa. Anda perlu berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan lesen ini perlu diperbaharui setiap tahun bagi menjamin kesahihan perniagaan anda. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melihat garis panduan ini.

C. Beroperasi di lokasi strategik yang dipenuhi dengan prospek pelanggan anda

Antara kawasan strategik yang membolehkan anda mendapat ramai pelanggan ialah kawasan universiti, bandar pelancongan terkenal seperti Melaka, Pulau Pinang atau Pulau Langkawi. Dengan beroperasi di kawasan berpotensi ini, semakin laju anda akan menerima tempahan kereta sewa setiap bulan.

D. Membangunkan sistem tempahan kereta sewa secara online

Antara pelaburan awal yang patut anda buat ketika memulakan bisnes sewa kereta ialah membeli sistem pengurusan tempahan kereta sewa yang terbaik dan profesional. Ia merangkumi sistem tempahan kereta sewa secara dalam talian.

Sebenarnya, anda boleh memilih sama ada untuk membeli salah satu daripada sistem dalam talian sewa kereta yang sedia ada di pasaran. Atau, sekiranya anda mahir membuat program pengaturcaraan, anda boleh membangunkan produk perisian tempahan kereta anda sendiri.

Ia bagi memudahkan pelanggan anda membuat tempahan kereta sewa pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Integrasikan juga sistem tempahan kereta sewa anda dengan sistem gerbang pembayaran secara dalam talian. Contohnya seperti perbankan online, Paypal, Boost E-Wallet dan Touch N Go eWallet.

E. Memasang sistem pengurusan tempahan kereta sewa

Selain daripada melabur pada sistem tempahan sewa kereta online, anda turut boleh menggunakan sistem telematik bagi menguruskan fleet kepunyaan syarikat kereta sewa anda. Ia merupakan satu sistem pengurusan tempahan kereta sewa yang menggabungkan teknologi GPS dan GSM bagi melihat lokasi semasa kereta sewa anda.

Anda boleh memasang GPS pengesan kenderaan pada setiap kereta sewa milik syarikat anda. Apabila pelanggan membawa kereta sewa anda, anda boleh mengetahui secara langsung ke mana mereka membawa kereta anda dan di mana lokasi terkini mereka. Ini bagi memastikan bahawa mereka benar-benar pergi ke tempat yang mereka nyatakan semasa membuat tempahan.

Sistem telematik merupakan satu sistem yang menyeluruh. Ia bukan sahaja menggunakan GPS tracker untuk mengesan pergerakan kereta sewa, malah ianya lebih daripada itu. Jom teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujungnya untuk mengetahui lebih lanjut dan mengapa ia wajar digunakan oleh syarikat kereta sewa anda.

2. Mengapa anda perlu memasang sistem pengurusan tempahan kereta sewa?

Menguruskan syarikat kereta sewa sememangnya mampu menjanjikan keuntungan yang lumayan terutamanya jika ia dijalankan kawasan tarikan pelancong atau lokasi yang mempunyai ramai pelajar institusi pengajian tinggi.

Semasa cuti sekolah atau musim perayaan, ramai penyewa akan mula mencari kereta sewa untuk melancong dan pelajar Universiti juga cenderung untuk menyewa kereta untuk pergi berjalan-jalan dengan rakan mereka. Namun, menguruskan syarikat kereta sewa juga menelan kos yang tinggi. Ia membabitkan kos pembelian kenderaan, penyelenggaraan aset dan mentadbir sistem pengurusan tempahan kereta sewa.

Ia juga datang dengan risikonya yang sendiri. Antaranya seperti kes kerosakan, kecurian kereta sewa, penyalahgunaan oleh pelanggan bagi tujuan melakukan jenayah, kemalangan jalan raya dan sebagainya. Tahukah anda bahawa kes kecurian kenderaan di Malaysia pada tahun 2019 mencecah hampir 36,000 kes dan sejumlah 4,000 kes daripadanya adalah melibatkan kereta!

Maka, di sinilah sistem pengurusan tempahan kereta sewa dapat membantu anda mengurus kenderaan secara lebih cekap, sistematik dan automatik. Anda tidak perlu lagi berasa risau atau tertanya-tanya sama ada kereta sewa dalam keadaan baik atau tidak.

Dengan menggunakan sistem pengurusan tempahan kereta sewa, atau sistem telematik fleet komersial, proses pemantauan kenderaan dapat dilakukan secara langsung. Anda boleh terus melihat lokasi kereta sewa anda jelas di dalam peta. Bantuan sekiranya berlaku kecemasan atau proses mencari semula kereta sewa anda yang hilang dapat dilakukan dengan pantas.

3. Elemen penting di dalam sistem pengurusan tempahan kereta sewa

Sesebuah sistem pengurusan kereta sewa perlulah tepat, cekap, mudah diakses, dan boleh dipercayai. Sebagai pemilik syarikat sewa kereta berstatus perusahaan kecil dan sederhana, anda perlu memastikan bahawa sistem perkhidmatan telematik yang anda pilih boleh memantau lokasi dan pergerakan kereta anda.

Semasa membuat pembelian sistem pengurusan tempahan kereta sewa, pastikan ia dapat menyediakan beberapa elemen atau ciri penting seperti yang kami sebutkan di bawah ini.

  1. Petunjuk lokasi yang tepat

Adalah penting untuk sistem pengurusan tempahan kereta sewa yang anda gunakan dapat memberi lokasi terkini aset syarikat secara tepat. Alat peranti GPS yang dipasang pada setiap kereta, MPV, van fleet mahupun lori sewa anda perlu mampu memberikan kedudukan terkini kenderaan tanpa tersasar jauh dari lokasi sebenar. Data yang direkod perlu menunjukkan butiran lokasi seperti koordinat, masa, tarikh, nama jalan, bandar dan sebagainya.

  1. Sistem notifikasi yang menyeluruh

Selain daripada dapat menunjukkan lokasi terkini kereta sewa secara tepat, ia juga perlu boleh menghantar notifikasi atau mesej amaran di pelbagai platform. Antaranya seperti telefon anda melalui teks SMS atau terus ke laptop melalui e-mel atau notifikasi sistem perisian.

Sistem notifikasi yang menyeluruh dan pantas ini penting bagi memastikan anda mendapat informasi terkini kereta sewa secara masa nyata. Sekiranya berlaku kecemasan dan kemalangan, anda dapat mengetahui dan menanganinya dengan segera.

Terdapat pemilik kereta sewa yang tidak memasang sistem pengurusan tempahan kereta sewa dan gagal untuk mengetahui status terkini kenderaan sewa mereka. Akibatnya, mereka hanya dapat mengetahui kes kemalangan atau kecurian hanya beberapa hari selepas terjadinya insiden berkenaan.

  1. Ciri automatik untuk menghidupkan atau mematikan enjin kereta sewa

Sekiranya anda memasang sistem pengurusan tempahan kereta sewa, anda boleh memperolehi satu ciri yang cukup canggih. Tahukah anda apabila anda memasang alat peranti pengesan kereta, atau GPS tracker, ia memberikan kepada anda kemampuan untuk menghidup atau mematikan enjin melalui kawalan sistem perisian.

Bagi kes pelanggan melarikan kereta sewa atau kes kunci kereta hilang, mudahlah untuk anda mengawal status enjin setiap kereta yang dipasang dengan alat teknologi tersebut.

  1. Sistem perisian yang mesra pengguna

Apabila anda memasang sistem pengurusan tempahan kereta sewa, selalunya anda akan turut menerima sistem perisian secara online yang percuma. Apa yang penting ketika memilih sistem telematik untuk kereta sewa anda ialah anda perlu memastikan yang sistem perisian, atau software, tersebut memaparkan data kenderaan anda secara jelas.

Ia perlu mudah diakses pada bila-bila masa dan di mana saja. Apa yang anda perlukan ialah Internet yang stabil dan peranti pintar. Lagi satu, data yang ditunjukkan juga perlulah mudah difahami. Ia sepatutnya boleh diakses secara terus sama ada di komputer pejabat atau rumah mahupun di telefon pintar.

  1. Kemampuan untuk diintegrasi dengan produk pengurusan fleet yang lain

Ketika anda memilih sistem pengurusan tempahan kereta sewa untuk perniagaan anda, pastikan produk tersebut boleh diintegrasikan dengan pelbagai alat pengurusan fleet yang lain. Antara contoh alat teknologi pengurusan kereta sewa yang penting ialah:

  • kamera dashboard untuk melihat situasi perjalanan atau rekod bukti sekira berlaku kemalangan

  • kad petrol minyak untuk memantau penggunaan minyak oleh penyewa kereta

  • alat peranti GPS tracker untuk mengesan lokasi dan memantau pergerakan kereta

  • aplikasi keselamatan jalan raya untuk melihat keadaan semasa jalan raya

  • aplikasi navigasi GPS untuk mencari arah perjalanan terpendek atau terpantas

  • aplikasi pemantauan gaya pemanduan untuk melihat cara penyewa memandu kereta sewa

4. Penggunaan sistem telematik untuk memantau pergerakan kereta sewa

Bagi pemilik syarikat kereta sewa kecil dan sederhana, penggunaan sistem pengurusan tempahan kereta sewa akan sangat membantu anda mengawal dan memantau pergerakan setiap kereta sewa anda. Sekiranya anda mempunyai 10 sehingga 50 kereta sewa, percubaan untuk memantau secara manual, sama ada melalui telefon atau e-mel, sememangnya amat sukar dilakukan.

Jadi, dengan memanfaatkan alat teknologi pemantauan, contohnya seperti sistem pengurusan tempahan kereta sewa atau sistem telematik, ia akan mempermudahkan tugasan anda. Semakin mantap proses pemantauan aset syarikat kereta sewa anda, semakin kurang risiko untuk anda menanggung kerugian akibat kehilangan kenderaan, kemalangan atau kecurian kereta sewa.

Secara ringkasnya, sistem telematik dapat mengautomatikkan beberapa aspek pengurusan yang penting, terutamanya di dalam urusan tempahan sewa dan pemantauan penggunaan kereta syarikat sewa milik anda.

  • Mendapat data terus dari satelit tentang lokasi semasa kereta sewa

  • Ketahui status terkini enjin kenderaan

  • Terima notifikasi e-mel atau SMS sekiranya berlaku kemalangan/kecemasan

  • Semak jumlah perbatuan setiap kereta sewa

  • Menyemak rekod servis kenderaan (kereta sewa perlu dihantar membuat pemeriksaan setiap 6 bulan)

  • Memeriksa cara pemanduan penyewa kereta dengan rekod pecutan/pembrekan

Tanpa sistem pengurusan tempahan kereta sewa, tugas anda untuk memantau pergerakan kereta sewa akan menjadi terbatas. Selain itu, ia juga turut mengurangkan rasa kegusaran tentang risiko kecurian serta kemalangan.

Sistem telematik fleet dapat memberikan semua maklumat secara tepat dan pantas, terus dari satelit ke sistem perisian di telefon pintar anda. Mudah dan sangat membantu, bukan? Ia sepatutnya dijadikan satu pelaburan buat syarikat kereta sewa anda.

Kenapa? Ini bagi memastikan anda dapat mengurangkan kos pentadbiran kerana perlu menggaji kerani bagi tujuan pengurusan kenderaan sewa atau mengurangkan kos kerugian akibat tuntutan insurans kerana kehilangan kereta sewa atau kemalangan jalan raya.

5. Gunakan khidmat perbandingan iCompario untuk mencari sistem telematik terbaik

Untuk syarikat kereta sewa, mencari sistem pengurusan tempahan kereta sewa yang paling sesuai dengan keperluan perniagaan anda adalah amat penting. Ini bagi memastikan sistem yang dibeli dapat digunakan sepenuhnya dan memberikan manfaat minimum kepada syarikat anda.

Tidak guna anda membeli sistem perkhidmatan telematik fleet atau sistem pengurusan tempahan kereta sewa yang penuh dengan ciri canggih tetapi ia tidak bersesuaian dengan keperluan perniagaan. Jadi, kami sarankan anda memilih sistem dengan betul.

Anda tidak tahu cara untuk memilih sistem pengurusan tempahan kereta sewa terbaik yang paling ideal untuk syarikat? Anda tidak kenal mana-mana pemilik syarikat pengesan kenderaan di Malaysia? Jom gunakan perkhidmatan iCompario dalam membandingkan sistem telematik yang ada di pasaran.

Anda hanya perlu memberikan maklumat syarikat anda serta saiz bilangan kenderaan fleet atau kereta sewa kepada iCompario. Konsultan mereka yang berpengalaman kemudiannya akan mencari sistem telematik fleet terbaik dan menyarankannya kepada anda. Selepas itu, anda hanya perlu menilai dan membuat persetujuan mengikut pertimbangan anda. Mudah, bukan?

Anda tidak perlu menghabiskan masa membuat kajian bagi mencari sistem pengurusan tempahan kereta sewa untuk syarikat anda. Serahkannya kepada iCompario. Tenaga dan masa anda sepatutnya dipergunakan sebaiknya untuk mengembangkan lagi bisnes kereta sewa anda. Jom cuba laburkan sedikit wang dengan menggunakan sistem telematik atau sistem pengurusan tempahan kereta sewa hari ini demi kemajuan syarikat anda di masa depan!