Cara Menguruskan Syarikat Pengangkutan Fleet Dengan Cekap

Cari Bandingkan Kad Petrol hari ini

Dapatkan sebut harga

Bandingkan kad petrol perniagaan

Anda boleh mencari kad petrol yang terbaik untuk perniagaan anda dalam beberapa saat

Dapatkan sebut harga

Anda ingin tahu cara menguruskan syarikat pengangkutan fleet dengan cara yang cekap dan efektif dari segi kos? Anda mahukan tip bagi mengurangkan perbelanjaan pengurusan kenderaan, pemandu serta pentadbiran syarikat? Anda berada di tempat yang betul kerana di dalam artikel ini, kami akan kongsikan dengan anda beberapa cara terbaik untuk menguruskan syarikat yang berkaitan dengan logistik, penghantaran atau pengangkutan secara amnya. Diharapkan dengan tip ini, anda dapat menjimatkan wang perniagaan anda setiap tahun!

Cara menguruskan syarikat pengangkutan dengan cara yang betul dan profesional

Industri pengangkutan di Malaysia sememangnya satu pasaran yang sangat berpotensi. Mari kita lihat beberapa statistik industri pengangkutan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Menurut perangkaan, nilai keluaran kasar bagi industri pengangkutan dan penyimpanan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.1% pada tahun 2017 berbanding 2015.

 

Secara khususnya, nilai keluaran kasar bagi industri pengangkutan, penyimpanan, pos dan kurier ialah RM120.7 bilion. Nilai asetnya pula mencecah RM189 bilion, 5.8% lebih tinggi berbanding dua tahun sebelumnya.

 

Melihat kepada angka ini, kita boleh lihat betapa masih banyak peluang yang boleh dikaut oleh syarikat pengangkutan kecil dan sederhana di dalam industri ini. Sekiranya anda mempraktikkan cara menguruskan syarikat pengangkutan flit anda dengan cekap dan berkesan, makin banyak keuntungan yang boleh anda jana di dalam pasaran yang sangat berpotensi di negara kita ini!

 

1.      Automatikkan pentadbiran dengan bantuan kad petrol perniagaan

Petrol and diesel fuel pumps
Source: Rawpixel.com

 

Antara cara menguruskan syarikat pengangkutan yang boleh anda praktikkan adalah dengan mengenalpasti mana-mana tugasan pengkeranian yang boleh anda automatikkan bagi mengurangkan kos pengkeranian dan mengurangkan kesilapan manusia.

 

Sudah semestinya, salah satu tugasan penting di dalam syarikat pengangkutan yang boleh diautomatikkan ialah urusan tuntutan duit bahan api bagi kenderaan fleet anda. Bagaimana caranya untuk mengautomatikkan tugasan ini? Jom gunakan bantuan kad petrol syarikat.

 

Di Malaysia, ada beberapa syarikat minyak terkenal yang menawarkan kad fuel perniagaan kepada syarikat kecil dan sederhana. Antaranya ialah Shell, Petronas, Caltex, Petron dan BHP. Kad ini boleh dipohon oleh mana-mana perniagaan yang berdaftar.

 

Buat permohonan kad petrol komersial ini melalui iCompario untuk mengetahui kad mana yang paling sesuai dengan keperluan syarikat pengangkutan anda. Dengan kad fuel ini, anda boleh menikmati harga petrol atau diesel yang lebih menarik melalui program subsidi atau diskaun istimewa.

 

Kemudian, integrasikan kad petrol atau kad subsidi diesel dengan perisian pengurusan akaun yang selalunya turut disediakan oleh pengeluar kad minyak pilihan anda. Melalui sistem pintar dalam talian ini, penjanaan laporan perbelanjaan petrol boleh dilakukan secara automatik – dengan hanya mengklik satu butang sahaja!

 

Anda boleh mengetahui pemandu yang memandu kenderaan syarikat anda dan berapakah perbelanjaan mereka bagi satu-satu perjalanan penghantaran barangan yang mereka lakukan. Semuanya direkod secara automatik ketika mereka meleretkan kad petrol perniagaan di stesen minyak!

 

Perekodan ini dapat mengurangkan kos menggaji kerani pentadbiran di syarikat anda. Malah, anda dapat juga mengelak daripada perlu memproses resit tuntutan duit minyak secara manual. Ia sekaligus mengurangkan ketirisan dan ketidakcekapan dalam perbelanjaan diesel dan petrol syarikat. Ianya mudah dan cekap!

 

2.      Perbaiki prestasi penghantaran barangan oleh pemandu

 

Lagi satu cara menguruskan syarikat pengangkutan fleet dengan efektif adalah dengan mempercepatkan proses pengisian minyak di stesen minyak oleh para pemandu kenderaan fleet anda. Berbanding beratur panjang di kaunter, terutamanya pada waktu puncak, mereka hanya perlu meleretkan kad fuel perniagaan mereka.

 

Semakin pantas mereka mengisi minyak, semakin cepat mereka dapat meneruskan perjalanan menghantar barangan perniagaan ataupun kontena. Selain dengan bantuan kad bahan api, anda turut boleh mengintegrasikan kad tersebut dengan sistem telematik.

 

Sistem telematik menggunakan teknologi GPS bagi menjana lebih banyak maklumat tentang perjalanan perniagaan setiap trak, lori, kereta atau van flit syarikat anda. Semak perbatuan kenderaan syarikat dan ketahui secara lebih mendalam habit pemanduan pekerja anda.

 

Antara data yang boleh anda lihat di dalam sistem telematik ialah:

 

  • Jumlah perbatuan perjalanan
  • Arah perjalanan kenderaan
  • Lokasi semasa kereta, lori, trak atau van syarikat
  • Kelajuan, pecutan atau pembrekan kenderaan
  • Corak pemanduan kereta

 

Seperti yang anda dapat lihat, sistem telematik dapat membantu anda mengautomatikkan proses pengurusan pemandu anda yang sedang membuat perjalanan. Dengan data yang dijana, anda boleh merangka latihan pemanduan profesional.

 

Melalui latihan tersebut, anda boleh menambahbaik cara pemanduan mereka, mengurangkan perbelanjaan petrol dan mengurangkan kos saman. Ini semua adalah kerana pemandu anda kini memandu secara lebih berhemah! Semuanya kerana anda telah memanfaatkan kad minyak perniagaan dan sistem telematik dengan sebijaknya.

 

3.      Perbaiki proses penyelenggaraan kenderaan flit syarikat

Mechanic fitting a tyre
Source: Rawpixel.com

 

Seperti yang telah dibincangkan dalam senarai cara menguruskan syarikat pengangkutan di atas, kad fuel perniagaan dan sistem telematik dapat memberikan anda maklumat perjalanan perniagaan anda secara lebih mendalam.

 

Jumlah perbatuan yang telah dijalani oleh setiap kenderaan syarikat dapat membantu anda memantau secara berterusan keperluan penyelenggaraan setiap kenderaan syarikat. Kualiti enjin melalui cara pemanduan, jumlah perbatuan serta kualiti semasa tayar (sama ada ianya sudah haus atau tidak!), semuanya boleh dilihat melalui sistem telematik yang pintar.

 

Semakin cekap anda menyelenggara kenderaan, semakin kurang kemerosotan prestasi kenderaan. Dengan mengikut cara menguruskan syarikat pengangkutan ini, anda dapat mengelakkan perbelanjaan pembaikian kenderaan flit yang mahal, kos kemalangan yang tidak diingini dan kos tuntutan insuran yang sepatutnya boleh dielakkan.

 

4. Tangani masalah disiplin pemandu dengan sewajarnya

 

Anda ingin tahu cara menguruskan syarikat pengangkutan yang seterusnya? Kurangkan masalah disiplin pemandu dan terapkan cara kerja yang profesional. Pemandu anda adalah antara aset utama yang dimiliki oleh syarikat pengangkutan anda. Mereka memastikan urusan logistik berjalan lancar setiap hari!

 

Sistem telematik dapat membantu anda memantau lebih daripada sekadar jumlah perbelanjaan pengisian minyak dan penyelenggaraan kenderaan flit. Kalau anda nak tahu, tabiat pemandu dan cara kerja yang profesional juga boleh diterapkan dengan bantuan sistem pintar ini.

 

Data yang dijana melalui sistem telematik adalah tepat dan dalam masa nyata. Ia menjadi gambaran kepada habit pemanduan pekerja anda. Sistem telematik menjadi alat pemantauan yang hebat di mana anda turut boleh merangka latihan cara kerja profesional kepada pekerja anda.

 

Antara perkara yang boleh diperbaiki melalui latihan profesional ini adalah:

 

  • mengurangkan tabiat pembaziran sewaktu mengisi minyak
  • mengurangkan tabiat suka menyalahgunakan kenderaan syarikat dan suka melencong ke tempat lain
  • mengelakkan masalah lewat mula bekerja, meninggalkan kenderaan sewenang-wenangnya tanpa kebenaran atau pemantauan
  • menyemak kerja pemanduan lebih masa yang dilakukan (dengan merekod masa jam bekerja)
  • mengelakkan tabiat suka berhenti lama di R&R tanpa sebab yang munasabah

 

Apabila disiplin pemandu anda menjadi lebih baik, semakin lancarlah urusan perniagaan anda. Pelanggan anda akan menerima barangan tepat pada masanya dan menikmati harga terbaik dari anda akibat daripada pengurangan kos fleet anda. Semuanya berterima kasih kepada kecekapan pekerja anda!

 

5.      Cekapkan jadual perjalanan kenderaan fleet anda

Man driving a Kia car with sat nav
Source: Reshot.com

 

Memastikan perjalanan perniagaan yang mantap bagi menjana keuntungan maksimum juga merupakan salah satu cara menguruskan syarikat pengangkutan yang cekap. Untuk syarikat logistik atau pengangkutan, anda perlu memastikan perjalanan perniagaan yang dilakukan berjalan dengan lancar.

 

Susun jadual pemandu dan penghantaran barangan secara efektif. Anda perlu mengurangkan perjalanan dengan lori, van atau trak yang kosong untuk mengelakkan penggunaan petrol yang sia-sia. Tingkatkan produktiviti kenderaan fleet anda dengan memastikan perjalanan pergi dan pulang mengandungi barangan perniagaan.

 

Pada masa yang sama, kurangkan mengisi kenderaan terlalu penuh sehingga melebihi muatan untuk mengelakkan dikenakan saman dan menyebabkan kerosakan kenderaan atau barangan. Selain itu, jangan terlalu teruja untuk menambah kenderaan syarikat.

 

Semakin banyak trak atau lori yang syarikat anda miliki, semakin tinggi kosnya nanti. Pastikan kenderaan fleet yang sedia ada digunakan dengan sebaiknya dan diselenggarakan secara konsisten. Mengekalkan jumlah flit yang sederhana sudah memadai sekiranya anda tahu cara menggunakannya seproduktif mungkin!

Cara menguruskan syarikat pengangkutan melibatkan aset penting syarikat

Setiap syarikat pengangkutan perlu memandang serius terhadap pengurusan pekerja dan kenderaan mereka. Ia adalah dua aset paling penting syarikat! Tanpa standard pekerjaan yang bagus bagi dua aspek ini, operasi perniagaan anda boleh jadi kucar-kacir.

 

Apabila anda menggunakan sistem telematik dan menggabungkannya dengan perisian pengurusan akaun kad petrol perniagaan, anda boleh melihat tahap prestasi pemandu dan kenderaan flit anda. Sesi latihan profesional bagi setiap pemandu anda amat penting dilakukan setiap tiga atau empat bulan untuk memastikan pekerja anda berada di tahap prestasi yang paling optimum.

 

Melalui latihan cara kerja ini, mereka akan sentiasa peka dengan gaya pemanduan yang betul dan berhemah serta tahu peraturan atau undang-undang jalan raya yang terkini. Yang paling penting, tidak kiralah berapa banyak pun kenderaan flit anda uruskan, pastikan anda cuba cara menguruskan syarikat pengangkutan ini.

Gunakan khidmat profesional iCompario untuk membandingkan kad petrol komersial dan sistem telematik terbaik

Gunakan kad fuel dan sistem telematik untuk menjimatkan masa anda dalam menguruskan tuntutan duit minyak, habit pemanduan pemandu dan penyelenggaraan trak, lori, van dan kereta syarikat. Cari sistem telematik terbaik dan kad minyak perniagaan yang paling sesuai dengan anda dengan menggunakan perkhidmatan iCompario.

 

iCompario adalah halaman perbandingan B2B (perniagaan-ke-perniagaan) dalam talian yang dapat membantu anda membandingkan sistem telematik dan kad fuel perniagaan terbaik yang ada di pasaran. Konsultan berpengalaman mereka akan membantu anda mencari kad petrol dan sistem telematik yang ideal untuk keperluan syarikat pengangkutan anda.

 

Dengan dua alatan teknologi ini, anda dapat menguruskan kenderaan anda dengan lebih cekap, mengurangkan kos perbelanjaan petrol dan diesel serta mengurangkan kos pentadbiran. Mari dapatkan khidmat iCompario dengan mengisi borang hari ini juga!