Kad Fuel Bantu Cekapkan Urusan Perniagaan Syarikat Pembinaan Anda

Memastikan pengurusan perniagaan anda berjalan dengan lancar bukanlah satu tugas mudah. Bagi syarikat pembinaan, ia melibatkan banyak aspek seperti pembelian dan penghantaran bahan binaan, pengurusan gaji buruh binaan dan pemantauan prestasi pekerja serta penyusunan logistik dan pengurusan lori dan trak syarikat. Mari ubah cara pengurusan dan kurangkan kos dengan menggunakan sistem pintar dan alat perniagaan sedia ada yang boleh didapati di pasaran. Contohnya, penggunaan kad fuel terbaik untuk minyak kenderaan flit serta sistem telematik untuk pengurusan pemandu dan trak atau lori syarikat anda.

Cabaran yang ditempuhi oleh pemilik syarikat pembinaan

Memiliki dan menguruskan syarikat pemaju atau pembinaan adalah agak mencabar. Adalah amat penting untuk anda bijak dalam hal pengurusan perniagaan dan mengautomatikkan sebanyak mungkin hal pentadbiran serta cara kerja supaya dapat mengurangkan perbelanjaan dan memaksimumkan keuntungan.

 

Salah satu cabaran yang sering ditempuhi oleh ramai pemilik syarikat pembinaan, tanpa mengira saiz perniagaan anda ­– kecil, sederhana, atau besar – adalah hal menguruskan trak, lori dan pemandu yang membawa bahan binaan ke tempat projek.

 

1.      Pengurusan kos minyak lori dan trak ke tapak pembinaan

 

Adakah anda sudah mendapatkan kad fuel perniagaan untuk kenderaan atau pemandu syarikat anda? Kalau belum, anda perlu mendapatkannya segera kerana ia sangat membantu dalam meningkatkan kecekapan pengurusan perniagaan, mengurangkan kos pentadbiran dan perbelanjaan duit minyak.

 

Tanpa kad petrol, pemandu trak atau lori yang membawa bahan mentah seperti simen, cat, batuan, atau besi perlu membuat pengisian secara manual, menyimpan kertas-kertas resit yang bukan sedikit, dan kemudian menyerahkan kepada pekerja tadbir am syarikat anda untuk urusan perekodan dan tuntutan duit minyak.

 

Anda boleh bayangkan betapa remeh-temehnya urusan secara manual ini? Antara masalah yang boleh berlaku adalah:

 

  • Pemandu mengisi minyak mengikut kemahuan hati tanpa mengira jenis minyak dan kos
  • Resit yang dikumpul boleh tercicir dan hilang. Ini menyukarkan anda merekod kos sebenar perbelanjaan minyak bagi satu-satu projek pembinaan
  • Pekerja tadbir am anda mungkin melakukan kesilapan ketika merekod resit atau membayar tuntutan

 

Seperti yang anda dapat lihat, urusan pengurusan duit minyak untuk trak atau lori pembinaan secara manual adalah tidak cekap dan memakan masa. Urusan perekodan kewangan untuk perbelanjaan secara manual menambahkan lagi kerumitan tugasan kerani syarikat.

 

Solusi: Gunakan kad fuel terbaik untuk menguruskan hal berkaitan perbelanjaan minyak lori syarikat pembinaan anda. Ia membantu menguruskan perbelanjaan petrol dari mula sehingga akhir. Anda boleh menetapkan kad minyak sama ada kepada setiap pemandu atau setiap lori syarikat.

 

Kemudian, anda boleh menetapkan limit kos minyak bagi setiap kad. Dengan cara ini, anda boleh mengawal penggunaan jenis petrol atau diesel dan jumlah duit minyak bagi setiap projek. Selain itu, anda dapat memantau perbelanjaan terkini dengan melihat data yang disimpan pada aplikasi dalam talian yang disediakan oleh pengeluar kad fuel anda.

 

Dengan adanya sistem automatik dalam talian ini, kesilapan manusia dapat dikurangkan. Data yang direkod secara langsung dan dikemas kini di dalam sistem setiap beberapa minit ini adalah tepat. Malah, laporan analisis dapat dijana untuk anda melihat secara lebih teliti kos perbelanjaan minyak bagi setiap minggu atau bulan.

 

Dan, yang paling penting, anda turut boleh menjimatkan belanja daripada menggaji pekerja pentadbiran yang ramai. Sistem secara automatik dapat menjalankan banyak proses pentadbiran dan pengurusan perniagaan terutamanya dari aspek pengurusan duit minyak dan pemantauan prestasi pekerja bagi pihak anda.

 

2.      Lokasi projek pembinaan yang jauh dari stesen minyak


Source: Unsplash.com

 

Dalam hal pengurusan perniagaan untuk syarikat pembinaan, selain kos petrol yang tinggi bagi setiap projek pembinaan, antara cabaran lain yang turut dialami adalah lokasi tapak projek yang mungkin jauh dari stesen minyak pilihan anda.

 

Sememangnya, bahan binaan yang dibawa oleh trak bukanlah ringan. Ia merupakan bahan binaan berat yang akan menelan belanja duit minyak yang tinggi. Kos ini akan semakin bertambah sekiranya lokasi stesen minyak yang terdekat tidak diketahui oleh pemandu dan mereka perlu membuat perjalanan yang jauh untuk mengisi minyak.

 

Solusi: Dengan adanya kad fuel terbaik, anda bukan saja akan mendapat minyak murah pada harga istimewa, namun anda boleh mengetahui lokasi stesen minyak terdekat. Pemandu trak tidak perlu melencong atau mengambil masa yang lama untuk mencari stesen minyak. Aplikasi yang disertakan dengan kad petrol itu juga dapat memberi petunjuk arah terpantas ke stesen berkenaan. Mudah, cepat dan menjimatkan, kan?

 

3.      Penyalahgunaan bajet duit minyak dan prestasi pemandu yang teruk

 

Pernah tak anda mengalami situasi di mana pemandu trak semberono mengisi minyak tanpa mengikut tetapan had bajet yang anda berikan kepada mereka? Pernah tak anda tertanya-tanya mengapa mereka terlalu kerap mengisi minyak? Adakah anda mempercayai tuntutan duit minyak yang dibuat oleh pekerja anda?

 

Antara masalah yang sering dihadapi oleh pemilik syarikat binaan adalah isu prestasi atau sikap pemandu trak atau lori. Mungkin pemanduan mereka yang tidak betul membuatkan penggunaan minyak kenderaan syarikat anda melambung tinggi.

 

Solusi: Untuk mengatasi masalah pengurusan perniagaan ini, pilihlah untuk memakai kad fuel perniagaan. Anda boleh memilih sama ada untuk:

 

  • Kaedah A: Memadankan kad kepada setiap trak atau lori
  • Kaedah B: Memberikan kad fuel kepada setiap pemandu

 

Dengan kaedah A, anda boleh menyediakan setiap lori dengan satu kad minyak. Anda kemudian boleh melihat tahap penggunaan diesel, jarak kilometer yang dilalui dan kos bagi setiap perbatuan untuk setiap unit kenderaan yang anda miliki. Melalui kaedah B pula, anda boleh melihat secara lebih terperinci terhadap prestasi dan habit pemanduan setiap pemandu lori anda.

 

Mungkin ada pemandu anda yang membawa lori secara berbahaya sehingga sering dikenakan saman oleh JPJ. Dengan maklumat dari aplikasi, anda boleh merangka latihan pemanduan secara profesional. Saman JPJ dan kemalangan ketika ke tapak projek pun dapat dielakkan.

 

Tahukah anda? Mengikut statistik Kementerian Pengangkutan Malaysia, jumlah kemalangan pada tahun 2017 yang membabitkan lori saja adalah sebanyak 34,747 kes. Bantu kurangkan statistik kemalangan yang melibatkan lori ini dengan latihan pemanduan kepada para pemandu syarikat anda.

 

Selain itu, dengan kad fuel perniagaan, anda turut boleh mengesan sebarang penyalahgunaan pada kad tersebut. Setiap kad ini akan disertakan dengan nombor PIN yang menambahkan lagi tahap keselamatan duit minyak anda. Tiada lagi kes duit tercicir atau kehilangan duit petrol syarikat akibat kecurian.

 

Jika anda mengesan yang kad tersebut telah disalahguna, contohnya ia telah digunapakai jauh daripada lokasi tapak pembinaan atau bukan di laluan perjalanan trak yang telah ditetapkan, anda boleh membatalkan kad tersebut melalui sistem aplikasi dengan cepat!

Kenapa saya perlu memakai kad fuel untuk lori dan trak saya?


Source: Stockvault.net

 

Anda mungkin merasakan yang setiap projek pembinaan anda akan berjalan lancar dan setiap kos minyak untuk kenderaan flit anda akan dapat dikawal dengan baik. Ya, itu mungkin.

 

Tapi, untuk memudahkan lagi kerja pengurusan perniagaan anda, di mana anda tak perlu pening kepala dengan tugasan pengurusan duit minyak secara manual, anda perlu memakai kad petrol untuk syarikat pembinaan anda. Tidak kiralah berapa banyak trak atau lori yang anda ada, sama ada 5, 10 mahupun 20 biji. Kad fuel akan sangat membantu dalam membuat penjimatan kewangan.

 

Sebagai pemilik syarikat pembinaan, anda tidak boleh memotong kos projek anda dengan menggunakan bahan binaan berkualiti rendah. Malah, menurut Akta 520 iaitu Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994, sebarang penggunaan bahan binaan tanpa pemerakuan kualiti oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, atau dikenali juga sebagai CIDB, boleh dikenakan denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak melebihi RM500,000.

 

Jadi, di mana anda boleh membuat penjimatan kos projek? Sudah tentu pada kos minyak petrol oleh trak anda yang berulang-alik dari gudang atau kilang bahan binaan ke tapak projek!

Ganjaran tambahan berserta harga minyak yang lebih berpatutan

Dengan mengambil kad fuel terbaik untuk syarikat anda, sebenarnya, anda mendapat lebih daripada sekadar pengurusan perniagaan dan kewangan petrol yang lebih baik. Sebagai tambahan, anda turut mendapat pelbagai ganjaran tambahan. Contohnya, kad fuel Shell memberikan anda pilihan sama ada untuk mengambil kad fuel swasta biasa ataupun mengambil kad istimewa bagi Program Subsidi Diesel Kerajaan.

 

Antara pilihan kad fuel perniagaan yang boleh anda pilih adalah:

 

img class=”” src=”https://res.cloudinary.com/dwao3b1us/image/upload/v1577713921/iCompario%20Content/pixabay_4.jpg” />
Source: Pixabay.com

 

Selain itu, anda turut boleh menggunakan kad petrol anda bersama dengan kad kredit untuk mengumpul mata ganjaran kad kredit anda. Anda mendapat lebih pulangan berbaloi melalui rebat tunai atau diskaun secara peratus untuk setiap ringgit yang anda belanjakan.

 

Pulangan tunai boleh mencecah dari 0.5% sehinggan 8% bergantung kepada jumlah perbelanjaan minyak petrol anda. Malah, jika anda menggunakan kad petrol bersama dengan BonusLink, anda juga dapat mengumpul mata tambahan dan menerima pelbagai hadiah istimewa lain lagi.

Tingkatkan kecekapan pengurusan perniagaan untuk syarikat pembinaan anda dengan kad fuel terbaik

Sebagai rumusannya, kad fuel amat sesuai untuk anda ambil bagi mendapatkan manfaat-manfaat berikut:

 

  • Jimatkan lebih banyak kos minyak bagi trak dan lori yang mengangkut bahan binaan berat seperti simen, pasir, besi dan batu-bata ke tapak projek pembinaan
  • Bantu pemandu anda mencari jalan terpantas ke stesen minyak berhampiran – lebih kurang lencongan dibuat, lebih banyak penjimatan kos minyak petrol!
  • Pantau prestasi pemanduan setiap pemandu trak atau lori anda dan kurangkan saman JPJ
  • Lihat perbelanjaan terkini petrol bagi setiap kenderaan yang membuat perjalanan ke tapak projek
  • Kurangkan kos pengkeranian bagi tugasan tuntutan duit minyak
  • Dapatkan mata ganjaran dan diskaun minyak istimewa dengan penggunaan kad petrol

 

Seperti yang anda dapat lihat, kad fuel memberikan lebih faedah berbanding pengisian minyak secara manual. Rugi sekiranya anda tidak menggunakan platform yang memudahkan pengurusan perniagaan ini. Jadi, mari memohon kad petrol bagi mendapatkan diskaun minyak dan menikmati minyak murah dari harga pasaran untuk setiap projek pembinaan syarikat anda!

 

Buat perbandingan dan permohonan kad fuel di iCompario dan ketahui kad yang manakah yang paling sesuai untuk syarikat anda. Para konsultan iCompario akan melihat situasi syarikat anda melalui dokumen yang anda berikan dan memberikan saranan kad yang paling ideal mengikut keperluan perniagaan anda.

 

iCompario kemudiannya akan memanjangkan permohononan kepada penyedia kad yang berkenaan. Ianya mudah, cepat dan menjimatkan masa dan wang anda. Jangan bertangguh lagi, pengurusan perniagaan anda akan menjadi lebih cekap dengan bantuan kad petrol!